Wednesday, October 31, 2012

SOI LEK & HUDUD, APE CER....??

1.  Kebelakangan ini, letih dan penat nak menjelaskan kepada kawan-kawan komen dan kritik Datuk Seri Dr Chua Soi Lek (CSL) berkenaan isu Hudud. Ramai yang marah, ramai juga yang mula mencurigai kepimpinan MCA dalam BN. 

2.  Pandangan saya, isu ini telah di"spin"kan secara negatif, bukan sahaja oleh penyokong PAS dan Pakatan, tetapi juga sebahagian daripada penyokong UMNO/BN.

3.  Saya amat berharap saya tidak tersalah faham komen dan kritikan CSL, kalau saya salah faham, mohon pembaca betulkan. Saya berpendapat, komen dan kritikan CSL adalah kepada HUDUD ALA PAS. Hudud yang kononnya bakal dilaksana sekiranya PAS memegang tampuk pemerintahan Negara. Saya berpendapat, komen dan kritikan CSL itu tidak kepada Hukum Hudud dalam konteks sebenarnya (yakni yang dituntut Islam).

4.  Apa pula Hudud yang bakal dilaksana oleh PAS seperti saya sebut di atas? Jangan kan saya, TG Nik Aziz pun tak mampu nak jawap. Sebab, kalau disemak, terdapat 3 versi Hukum Hudud YANG BERBEZA yang digunakan PAS dalam "perjuangan" menegakkan Negara Islam : i)Hudud PAS Kelantan : Enakmen Kanun Jenayah Syariah (II) 1993 yang mempunyai 72 Fasal, (ii)Hudud PAS Terengganu : Draf Cadangan Undang-Undang Kesalahan Jenayah (Hudud & Qisas) Terengganu yang mempunyai 74 Fasal dan (iii)Rang Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Hudud & Qisas) Terengganu yang mempunyai  67 Fasal.  

5.  Faham tak maksud saya? PAS sendiri TAK MAMPU untuk selaraskan undang-undang hudud di 2 buah Negeri pemerintahannya (ketika itu), mana mungkin ianya dilaksanakan ke seluruh Negara?? Bukankah, sekiranya dilaksanakan, akan timbul kekeliruan khasnya terhadap umat Melayu Islam di kedua buah Negeri tersebut? Umat Melayu Islam dalam PAS harus sedar (sepatutnya sedar dari dulu lagi) bahawa angan-angan kosong PAS untuk melaksanakan Hudud HANYALAH GIMIK POLITIK UNTUK MENDAPAT PENGARUH dan inilah sebenarnya yang cuba disampaikan oleh Datuk Seri Dr Chua Soi Lek..!!

6.  Timbul pula soal keadilan. PAS saban hari mencanang ke seluruh Negara bahawa Hudud PAS "will not affect the non-muslims". Satu lagi kenyataan gila. Kalau sekiranya seorang Islam ditangkap berzina dengan seorang bukan Islam, HANYA pesalah Islam sahaja yang dikenakan hukuman mengikut Hudud PAS? What about bukan Islam yang sama-sama mengecap kenikmatan 5 minit tadi? Scott Free??  Bagaimana kalau sama-sama mencuri? Hanya yang Islam di potong tangan??

7.  Mampukah PAS melaksanakan Hudud caca marba mereka sekiranya Pakatan menang dan berjaya membentuk kerajaan pada PRU 13? Bukankah PKR dengan lantang MENOLAK sebuah Negara Islam? Lupakah kita kepada ungkapan yang begitu sinonim dengan Karpal Singh: "over my dead body.."? Apapun, sekurang-kurangnya kita harus hormati pendirian Karpal yang berani dan konsisten, walaupun sentiasa keseorangan (tak lama lagi kena "kick" la tu..)

8.  Nak laksana tak dapat restu Pakatan, kalau direstui pun, tak mampu laksana kerana terlalu banyak "loop hole" dan kelemahan. Jadi, kita umat Melayu Islam nak tunggu apa lagi? Masih nak "try" bagi peluang kepada PAS? Nak gadai maruah Agama Bangsa kerana diperbodoh dan diperlekeh kafir komunis? Sudah-sudah lah PAS. Berhenti dari menyesatkan, kembalilah ke asas perjuangan asal. Jangan biarkan maruah dan kesucian Agama di hina. Malulah.

9.  I am not againts Hudud. Saya sokong 110% dilaksanakan. Tapi bukan Hudud ala PAS yang lebih kepada merapu dan mengarut. Para ulamak perlu berbincang, mengkaji dan menggubal Hudud untuk Tanah Melayu ini mengikut tuntutan sebenar Agama suci kita. Kalau benar inilah tuntutan utama, dituntut di dalam Al Quran dan Hadis, by all means, teruskanlah usaha untuk mengIslamkan undang-undang di Tanah Melayu ini. Dan sekiranya dah dikaji sedalam-dalamnya, dah didrafkan, disahkan bahawa inilah sebenar-benar tuntutan Islam, cadangkanlah supaya di bentang, dibahas dan diluluskan di Parlimen. Kalau entah kenapa the government of the day MENOLAK pelaksanaan Hudud yang benar, MAKA BARULAH KITA RAMAI-RAMAI berdemo, tidor baring atas jalanraya, halang kenderaan DYMM Raja-Raja Melayu, lompat macam kera ke atas kereta Polis, pakai beret dan tshirt merah sambil menjerit Take Beer..!! ooopss TAKBIR...!!

10.  Until then my fellow Muslims, can we just stick to whatever "secular" laws we have now..?         

ALLAH BERSAMA UMNO  

No comments:

Post a Comment