Monday, October 15, 2012

HILANG ARAH HILANG TUJUAN BERKUBUR PERJUANGAN

1.  Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan Pergerakan Puteri Bahagian Hulu Langat yang telah berjaya menganjurkan program Hi-Tea Bersama Pu3 Hulu Langat pada 13 Oktober lepas. Buat pertama kali, saya melihat sambutan kepada program anjuran Puteri Bahagian mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan matlamat penganjuran program tersebut pada saya, telah tercapai dengan cemerlang.

2.  Bukanlah niat saya untuk hanya memuji atau membodek. Berjaya mengumpulkan 200 peserta yang terdiri seratus peratusnya daripada wanita muda bawah 35 tahun, pengundi kawasan Parlimen Hulu Langat, dari pelbagai lapisan masyarakat (penuntut  IPT, kakitangan Kerajaan, pekerja swasta, profesional muda dll) YANG TIDAK MEMEGANG SEBARANG JAWATAN PARTI & sebahagian besar BUKAN AHLI UMNO adalah satu kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah sekali lagi kepada kepimpinan Puteri Bahagian.

3.  Slot Sembang Santai bersama kepimpinan Bahagian dan tetamu khas Exco Pergerakan Puteri Malaysia berjalan dengan begitu lancar walaupun berlangsung jauh melangkaui masa yang ditetapkan. Tetapi itu bukanlah sebab utama saya terpanggil untuk menulis berkenaan program ini.

4.  Izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan apa yang telah diucapkan oleh tetamu khas program tersebut, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (bukan EXCO, entah dari mana atau siapa yang mula menamakan AJK di Peringkat Pusat bergelar EXCO, but that's another story la kan..), seorang peguam kalau tak silap saya, bila menjawap soalan daripada salah seorang peserta program yang intipati soalannya seperti berikut : Pelajar ini masih belum membuat keputusan parti mana yang bakal diundi PRU13, beliau LANGSUNG TIDAK BERMINAT untuk berpolitik, pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS telah berjaya mewujudkan hubungan dengan para pelajar secara halus melalui penganjuran program dsb. Beliau bertanya, apakah langkah atau perancangan Puteri bagi mendekati dan menjalinkan hubungan di antara pelajar-pelajar IPT sepertinya dan Puteri UMNO.

5.  "Memang sejak awal, Puteri ditubuhkan untuk TIDAK MEMBERATKAN POLITIK. Puteri ditubuhkan bagi menarik minat golongan muda dengan LEBIH MENUMPUKAN KEPADA PENGANJURAN PROGRAM-PROGRAM SANTAI, SUKAN DSB SEPERTI PROGRAM-PROGRAM OUTDOOR, FUTSAL DLL. PUTERI LEBIH MENJURUS KE ARAH PROGRAM & AKTIVITI NGO" 

6.  Disaat Maruah, Kesucian dan Kedaulatan Agama Bangsa diperlekeh dan dihina, maka timbul seorang PEMIMPIN ANAK MUDA MELAYU yang samada telah terlupa ataupun langsung tidak memahami apa dan kenapa menjadi ahli UMNO, apatah lagi memegang jawatan di peringkat tertinggi.

7.  Apakah penubuhan Puteri HANYA untuk berseronok dan bersantai? Kalau benar, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab untuk menanamkan kecintaan kepada Agama, Bangsa dan Tanahair? Tanggungjawab siapakah, untuk memberikan kesedaran kepada wanita muda Melayu Islam bahawa TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMPERTAHAN DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA BANGSA TERLETAK di bahu setiap Umat Melayu Islam TERUTAMANYA AHLI-AHLI UMNO? Siapa pula yang bertanggungjawab untuk menyemai semangat perjuangan, mengisi jiwa setiap wanita muda Melayu Islam bahawa perjuangan ini dituntut Allah SWT dan adalah WAJIB bagi setiap umat Melayu Islam melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaiknya? Kalau benar ini memang dasar perjuangan Puteri, bila pula masanya wanita muda Melayu Islam ini akan diterapkan semangat, kesedaran dan kefahaman terhadap perjuangan suci ini. Apakah selepas usia mencecah 35 tahun (had umur Puteri) dan secara automatik menjadi ahli Pergerakan Wanita? Dan Pergerakan Wanita pula terpaksa menanggung beban untuk mendoktrinkan asas perjuangan kepada anak muda "kosong", produk Puteri UMNO? 
 
8.  Jangan jadikan Pergerakan Puteri UMNO sebagai "Kelab Sukan, Rekreasi & Sosial".

9.  Kalau ini benar, maka Puteri, khususnya kepimpinan tertinggi harus merenung semula, berfikir dan akhirnya KEMBALILAH KE ASAS PERJUANGAN ASAL. Jangan disesatkan anak muda Melayu Islam dengan input-input materi TANPA sekelumit pengisian rohani. Masa depan Melayu Islam terletak di bahu anak muda. Fikirkanlah wahai Pergerakan Puteri UMNO.   

 

No comments:

Post a Comment