Monday, October 29, 2012

BETUL KE SALAH UMNO..??

1.  Mungkin sudah agak terlewat, tetapi izinkan saya mengucapkan Selamat Menyambut Aidil Adha kepada semua umat Melayu Islam di Tanah Melayu.

2.  Walaupun Raya Haji, ada juga tetamu yang datang beraya di rumah saya. Apa yang menarik, para tetamu yang datang ke rumah kali ini, lebih terbuka dan berani untuk membicarakan bab politik semasa. Kalau kebiasaannya soalan paling sering diajukan kepada saya ialah "bila pilihanraya..?". Tetapi tidak kali ini, perbualan dan perbincangan bersama tetamu lebih mendalam, lebih spesifik terhadap topik-topik politik semasa. Tetamu yang hadir mahukan jawapan yang tepat.

3.  Yang meninggalkan kesan yang agak mendalam kepada saya, pandangan-pandangan dari seorang pegawai berjawatan agak tinggi di Kementerian Pelajaran di Putrajaya, adik kandung saya, seorang eksekutif di sebuah GLC dan seorang guru yang mengajar di sekolah yang sama dengan isteri saya (orang Kedah pulak tu..). Kesemua mereka menyatakan kebimbangan dan keresahan mengenai masa depan Agama Bangsa DAN MENYALAHKAN UMNO!! 

4.  3 kali saya tersentak. Ketiga-tiga tetamu yang hadir pada 3 waktu yang berbeza, tetapi seolah-olah telah berpakat lebih awal. Walaupun ayat yang disampaikan berbeza, namun pengertiannya sama. Perkara pokoknya adalah: KEKHUATIRAN & KEBIMBANGAN MENGENAI MASA DEPAN MELAYU ISLAM SELEPAS PRU13, dan SEMUA YANG BERLAKU SALAH UMNO.

5.   Perebutan kuasa dan pengaruh di peringkat Negeri dan perebutan kerusi wakil rakyat di DUN dan Parlimen seluruh Selangor menjadi intipati kepada alasan "kenapa semua ini salah UMNO". Salah seorang tetamu dengan selamba, "walaupun kami di luar UMNO, jangan ingat kami tak dengar cerita-cerita macam ni..."

6.  Saya dengan terang dan jelas, mungkin juga dengan sedikit emosi, membantah pandangan-pandangan tersebut. Saya tegaskan bahawa UMNO sekarang, di Negeri Selangor dan khususnya di Bahagian Hulu Langat, sedang berada di dalam keadaan aman damai, kuat dan berpadu, apatah lagi Badan Perhubungan Negeri diterajui sendiri oleh YAB Presiden.   Saya tegaskan bahawa UMNO Selangor dan Hulu Langat sudah bersedia untuk menghadapi PRU 13. Saya tekankan bahawa setiap ahli UMNO dari kepimpinan tertinggi di Negeri dan Bahagian hinggalah ke akar umbi mempunyai matlamat yang satu: MERAMPAS NEGERI SELANGOR DARI TANGAN KOMUNIS & MEMASTIKAN 2/3 PARLIMEN MILIK BN..!! Saya juga cuba sedaya upaya untuk menerangkan bahawa, segala khabar angin atau perkara-perkara yang disebut tadi HANYALAH PROPAGANDA PAKATAN RAKYAT YANG SUDAH MULA GOYANG..!!

7.  Saya memetik kejadian sepanjang cuti 3 hari baru lalu atas kesedaran bahawa, usaha pihak-pihak tertentu untuk memecahbelahkan Melayu dan UMNO telah mula menampakkan hasil. Pihak Pakatan yang diterajui Komunis DAP dan juga SEGELINTIR ORANG UMNO sendiri yang saban hari berusaha keras untuk memporak perandakan UMNO akan sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi, terutamanya pengundi tanpa parti.

8.  Saya teringat pesanan Ayahanda Tun Mahathir di satu perjumpaan tertutup baru-baru ini. Yang penting bukan calon, tapi UMNO/Barisan Nasional MENANG BESAR pada PRU 13.

9.  Saya nak menyeru dan merayu. Demi masa depan Agama Bangsa, demi survival Syiar Islam dan ketamadunan Melayu di Tanah Melayu ini, marilah kita semua, dengan IKHLAS DAN JUJUR meletakkan kepentingan Agama Bangsa paling atas. Marilah kita ketepikan segala kepentingan puak dan suku, kepentingan peribadi, sahabat atau teman, kumpulan dsb. Marilah kita sama-sama berjanji dan bertekad, seikhlasnya di dalam hati masing-masing, agar setiap gerakan, pemikiran, tindakan kita WAJIB  menjurus ke arah kepaduan Bangsa. Marilah kita berjanji sejujurnya, bahawa kita akan mengenepikan sebarang rasa kecewa, marah, tersinggung, iri hati dan dengki dan MENUMPUKAN  kepada kerja-kerja untuk memastikan kemenangan UMNO. Marilah kita berjanji, kita memohon keampunan dari Allah SWT atas segala dosa kita terhadap Agama Bangsa dan mohon ditunjukkan jalan dan dikurniakan kekuatan untuk kita bangun mempertahankan maruah, kedaulatan dan kesucian Agama Bangsa. 

10.  MARILAH KITA BERJANJI SEIKHLASNYA, WALAU SIAPAPON YANG BAKAL MENJADI CALON PADA PRU 13, KITA BERIKAN SOKONGAN 100%, KITA TIDAK AKAN MENGKHIANATI AGAMA BANGSA, KITA TIDAK AKAN BOIKOT, SABOTAJ DSB TETAPI AKAN MEMASTIKAN WALAU SIAPA SAJA CALON YANG DIPILIH OLEH KEPIMPINAN PARTI, KITA AKUR, PATUH DAN MEMBERIKAN SOKONGAN PENUH DEMI MEMASTIKAN MARUAH AGAMA BANGSA TERBELA.

11.  Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan. Insya Allah, Allah Bersama UMNO       

 



   

No comments:

Post a Comment