Thursday, October 18, 2012

KONPEM AKU KENA HENTAM LEPAS NI...

1.  Terkejut beruk pagi ini bila terbaca di Utusan Malaysia yang BN Selangor akan menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru 2013 SECARA BESAR-BESARAN di I-City, Shah Alam.

2.  Itu kenyataan daripada Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Koordinator BN & Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

3.  Permintaan awal dari saya, JANGAN MARAH, tapi kalau Datuk Seri Ir atau sesiapapun nak marah juga, terpulang. Saya cuma cuba untuk menyatakan apa yang benar, yang terbit dari hati yang ikhlas, berlandaskan kepada perjuangan getir kita menghadapi PRU 13.

4.  Soalnya, KENAPA SAMBUTAN BESAR-BESARAN? Bukankah sambutan secara besar-besaran ini, sambut tahun baru pulak tu, jelas SUATU PEMBAZIRAN..??

5.  Bila menyebut soal pembaziran, izinkan saya bertanya (sebagai ahli UMNO/BN, saya rasa saya berhak untuk bertanya) BERAPAKAH KOS SEBENAR PENGANJURAN PROGRAM BESAR-BESARAN INI? RM1juta? RM2juta? Atau lebih? Berapa pula kos untuk membiayai ratusan bas untuk membawa orang ramai ke program tersebut?

6.  Datuk Seri Koordinator juga menyebut bahawa "Kita tahu di mana kita buat kesilapan pada masa lepas dan kini berada di sini untuk membetulkan kesilapan itu dan berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik," Pandangan saya, BUKANKAH PENGANJURAN PROGRAM BESAR-BESARAN SEPERTI INI ADALAH MENGULANGI KESILAPAN YANG SAMA..? Program besar-besaran, berprofil tinggi, kos menjangkau jutaan ringgit, pesertanya sama, BUKANKAH INI YANG DIAMALKAN DULU?

7.  Dan, berapa ramai di kalangan yang hadir, berapa peratus dari keseluruhan pengunjung ADALAH PENGUNDI TIDAK BERPARTI, TIDAK MEMEGANG JAWATAN DI CAWANGAN ATAU BAHAGIAN? Berapa ramai pula pengunjung yang, kesan daripada menghadiri program sambutan ini, yang asalnya tidak menyokong BN atau masih tidak membuat pilihan, akan mengubah fikiran mereka dan membuat keputusan untuk mengundi BN pada PRU 13?

8.  Pandangan saya dari akar umbi, BUKANKAH LEBIH BAIK sekiranya peruntukan jutaan ringgit untuk program ini disalurkan terus ke pengundi di akar umbi? Warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal, fakir miskin, pelajar sekolah/IPT dan ratusan ribu rakyat lagi yang memerlukan bantuan dan KHIDMAT BN?

9.  Teringat saya kepada kata hikmah dari seorang pemimpin agung Melayu: PRU13 ADALAH PILIHANRAYA UNTUK MEMENANGKAN PARTI, BUKAN INDIVIDU. Mungkin juga kata-kata ini boleh dikaitkan dan dijadikan pedoman dalam menganjur program di atas. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

 
 
 

1 comment:

  1. Mantap bro!! Tahu dan sedar ada buat kesilapan dulu katanya..tapi tetap jugak nak hulurkan tangan kedalam lubang biawak yang sama walaupun dah pernah kena gigit. Tak serik lagi gamaknya.

    ReplyDelete