Friday, November 2, 2012

APA YANG NAK KECOH SANGAT PASAL ANAK NAZRI..?

1.  Kadang-kadang saya hairan. Bodoh sangat ke Rakyat Malaysia ni..? Atau kita memang suka sangat dengar dan PERCAYA isu-isu sensasi yang remeh? Atau apakah kita, Rakyat Malaysia lebih gemar dengar dan percaya hanya apa yang kita NAK DENGAR DAN PERCAYA saja? Apakah minda kita terlalu dikongkong emosi, sehingga kita jarang sekali menggunakan akal yang dipinjamkan Allah SWT

2.  Saya terpanggil untuk memberikan pandangan di atas adalah disebabkan hasil pemerhatian saya, Rakyat (terutamanya Melayu Islam) mudah sangat percaya kepada apa sahaja isu yang disebut dan kononnya di "bongkar" oleh juak-juak dan keldai Komunis DAP. We, the so called free, mature dan open soceity, tend to telan everything, apa sahaja yang dihamburkan oleh Pakatan, tanpa banyak soal, dan akhirnya kita pula yang "menari mengikut rentak Pakatan".    

3.  Dengan begitu bangga dan megah, semalam Pengarah Strategi PKR, lulusan Leeds University of London, Sdra Rafizi Ramli (BUKAN MP mana-mana kawasan, and by the look of things, will never ever be one) telah membuat sidang akhbar DI PARLIMEN (kenapa Parlimen?). Ok lah, tak kisah kat mana, asalkan bahagia. Akan tetapi, pada saya, sekiranyalah teringin sangat nak buat sidang akhbar di Parlimen, sebaiknya bawaklah isu-isu yang besar. Bawaklah, bentanglah, bongkarlah segala apa yang perlu, yang signifikan kepada kesejahteraan Rakyat atau isu-isu Nasional yang perlu ditangani segera.  
Hummer?? Sdra Rafizi cuba nak buat lawak ke...

4.  Saya tak berniat nak komen berkenaan jawapan DS Nazri kepada sdra Rafizi. Para Pembaca googlelah sendiri.. Apa yang saya nak sentuh adalah, sekiranya BENAR ADA KONFLIK DI ANTARA DS NAZRI DAN KES TYCOON BALAK MICHAEL CHIA, sekiranya ujud sebarang perlakuan rasuah, salah guna kuasa, atau apa saja, LAPORLAH SPRM . Laporlah PDRM. Kumpulkan lah seramai penyokong, berarak ke IbuPejabat SPRM/PDRM, buat laporan rasmi BERSAMA DOKUMEN DAN BUKTI, bukan jadi publicity seeker (and a cheap one at that).  Malulah, seorang Pengarah Strategi sebuah parti hebat yang bakal menerajui Negara (yea rite..), bijak pandai Melayu lulusan UK, memilih untuk "membongkar" isu kereta anak Menteri, di Parlimen pulak tu... Tinggi sungguh standard dan kualiti Pengarah Strategi..  Inilah jadinya bila dah dihimpit gelisah, bila dah ketandusan isu, bila nafsu untuk berkuasa walau dengan apa cara sekalipun telah menguasai fikiran. Inilah jadinya bila dah jadi desperado.

5.  Nak disalahkan "keberanian" Sdra Rafizi pun saya rasa tak adil. Sdra Rafizi ni Pengarah Strategi PKR, lulusan UK, takkanlah terlalu "dungu" untuk meletakkan tahap pemikirannya di bawah. Tak kanlah manusia sebijak Rafizi TAK MAMPU untuk "memperjuangkan" isu-isu Rakyat yang lebih besar. Tak mungkin DS Anwar melantik beliau hanya kerana kebolehannya menyiasat Hummer tersebut milik siapa. Tak akan dan tak mungkin. Tapi kenapa Sdra Rafizi biasanya bertindak sebegitu? Kenapa dengan rela hati membenarkan dirinya, partinya, Ketua Umumnya tergolong di dalam kumpulan "rendah akal"? Jawapannya MUDAH. Kerana ada segelintir Rakyat yang terlalu buta, yang akan mengangguk dan mengiakan apa saja yang dilemparkan oleh Pakatan tanpa mahu atau membenarkan akal mereka berfikir sedalam-dalamnya. Penyokong-penyokong dan Rakyat yang bersetuju dengan Rafizi dan PKR tidak menyedari bahawa sebenarnya mereka sedang dimomokkan, kebijaksanaan dan tahap kemampuan berfikir mereka direndahkan dan diperlekeh. Malang, di saat Kerajaan sedang berusaha gigih untuk menjadikan Malaysia sebuah Negara Maju Berpendapatan Tinggi, kita mempunyai pembangkang yang tak ada klass. Tapi bila Pakatan menengahkan isu-isu mengarut seperti ini, saya tak pernah salahkan mereka. Yang bersalah adalah sebahagian Rakyat yang merelakan minda mereka dipermainkan oleh Pakatan. Senang cakap, yang salah adalah Rakyat yang refuse to use their God given brains..

6.  Negara kita memerlukan pembangkang, tapi pembangkang yang macam mana? Pembangkang yang hanya tahu menyalahkan kerajaan membabi buta? Pembangkang yang hanya pandai mengkritik tanpa ada kritikan yang konstruktif? Pembangkang yang hanya jadi pembangkang just for the sake of being pembangkang? Inikah barisan pembangkang yang bakal berhujah di Parlimen kelak? Yang bakal menentukan arah tuju Malaysia, sebuah Negara Berdaulat? Inikah barisan pembangkang yang kita harapkan untuk menjadi check and balance dalam pemerintahan Negara? Inikah barisan pembangkang yang kita inginkan untuk mempertahan Maruah, Kesucian dan Kedaulatan Agama Bangsa? Pemimpin taraf rendah beginikah yang Umat Melayu Islam perlukan?

7.  PRU 13 adalah medan terakhir untuk kita mempertahankan Agama Bangsa. Rakyat perlu bijak. Gunakanlah akal fikiran yang dipinjamkan oleh Allah SWT. Belum terukir dalam sejarah sejak PRU 12 pada 2008 Agama Islam dan Bangsa Melayu dipertahan dan dilindungi di Negeri-Negeri pemerintahan Pakatan. Untuk memberikan kuasa, menyerahkan tanggungjawab dan mempercayai bahawa pemimpin seperti Sdra Rafizi, Pengarah Strategi lulusan UK dan PKR memperjuang dan mempertahankan Agama Bangsa, apa tah lagi dengan kebolehan, kemahiran dan kemampuan taraf rendah seperti saya sebutkan di atas, adalah SATU DOSA BESAR UMAT MELAYU ISLAM..! Jangan kita, pengundi PRU 13, disoal di Akhirat kelak, kenapa kita MELACURKAN KESUCIAN AGAMA ALLAH dengan memilih pemimpin seperti Rafizi & PKR?

8.  SELAMATKAN TANAH MELAYU dari pemimpin haprak seperti Rafizi dan Pakatan..!! 

ALLAH BERSAMA UMNO



No comments:

Post a Comment