Wednesday, November 7, 2012

RETAK MENANTI BELAH : KOMUNIS BAKAL BERKUBUR DI SELANGOR

1.  Sepatutnya, di ketika Pilihanraya Umum semakin hampir, mana-mana pihak khususnya parti politik yang berhajat sangat nak menukar kerajaan dan memerintah Tanah Melayu (atau mana-mana Negara sekalipun) perlu mempamerkan kekuatan, kesefahaman dan perpaduan.

2.  Rakyat perlu ditunjukkan bahawa pihak ini (Pakatan Rakyat khususnya Abang Besarnya DAP Komunis) telah bersedia untuk memikul tanggungjawab membawa Malaysia ke satu tahap yang jauh lebih baik dari sekarang. Abang Besar harus kemukakan idea-idea baru,agenda baru dan visi DAP dalam menjana kemajuan Negara agar DAP dan Pakatan muncul sebagai pilihan yang lebih baik dari apa yang ada sekarang.   

3.  Malangnya ini TIDAK BERLAKU. Setiap Rakyat Malaysia tahu dan sedar, Melayu, Cina dan India, tanpa mengira penyokong mana, faham dan akur bahawa AGENDA UTAMA Abang Besar DAP adalah untuk "merepublikkan" Tanah Melayu, menghapuskan Hak & Keistimewaan Melayu Islam dan jika segalanya berjalan "as planned", MENGKRISTIANKAN MALAYSIA..!! Agenda besar ini, sekiranya tidak ditangani segera, bakal menjadi kenyataan, dibantu pula dengan sokongan Melayu Islam yang berfahaman "liberal", pengkhianat Agama Bangsa Dato Seri Anwar Ibrahim dan anak beranaknya.

4.  Perkara ini tak perlu dibahas, dibincang lagi. Ceruk mana sekalipun, terutamanya di kalangan Melayu Islam termasuklah ahli PAS, membicarakan isu yang sama, ancaman DAP terhadap ketamadunan Melayu dan Syiar Islam di Tanah Melayu ini. Setiap umat Melayu Islam sedar, bahawa sekiranya Pakatan Rakyat berjaya untuk memerintah Negara, maka Abang Besar DAP lah yang akan menjadi tunjang, tulang belakang, teraju utama dalam kerajaan kelak. 

5.  Allah Maha Berkuasa. Belum sempat Komunis memerintah Tanah Melayu, telah ditunjukkan kepada kita sifat, sikap dan perangai buruk Abang Besar DAP. Rakyat didedahkan dengan masalah dalaman DAP yang semakin kronik. Perpecahan dan pengujudan puak di dalam hiraki dan pentadbiran DAP semakin mendesak, walaupun cuba di tutup dan disenyapkan. 

6.  Terkini, Naib Pengerusi DAP Selangor YB Datuk Teng Chang Khim yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri tidak hadir ke Konvensyen Tahunan DAP yang berlangsung baru-baru ini. Walau apa jua alasannya, semakin terbongkar masalah yang sedang dihadapi DAP,  Rakyat tidaklah sebodoh yang disangka. Yang pasti, Abang Besar DAP sedang menghadapi masalah dalaman. Perebutan kuasa dan pengaruh, pentadbiran dinasti Lim yang mengamalkan sistem diktator dan pemimpin-pemimpin DAP Selangor yang tiada pengalaman dalam mengurus dan mentadbir, selain masing-masing mahu muncul sebagai "warlord" paling hebat (dan paling kaya) dalam DAP Selangor. Masalah utama DAP Selangor adalah pertelingkahan di antara kumpulan proksi dinasti Lim dan kumpulan yang menentang penguasaan total dinasti Lim di dalam DAP 

7.    Di Selangor, musuh No.1 YB Datuk Teng ialah YB Teresa Kok. Terdapat pendapat dikalangan ahli dan penyokong DAP Selangor yang mengatakan bahawa pertelingkahan dalaman di antara Teng dan Kok kelihatannya seperti tiada jalan penyelesaian. Masalah di antara kedua pemimpin tertinggi DAP Selangor ini rata-ratanya adalah berpunca dari Teresa Kok "making big money in Selangor and her inability to dismiss doubts about her poor management and leadership skills" (kolumnis The Star, Jocelyn Tan 6 November 2012).

8.  Jocelyn Tan, dalam kolumnya di The Star 6 November 2012 "For Selangor DAP, the fight is also within" telah mempericikan punca dan alasan yang membuktikan bukan hanya keretakan dalaman malah Abang Besar DAP telah dilihat sebagai sebuah parti yang semakin lemah (terima kasih OutSyed The Box).  
  • Selangor DAP, the fight is within
  • poor turnout at Selangor DAP convention  
  • only 311 or 27% showed up, minimum quorum 25% 
  • Theresa Kok attributing it to delegates being “lazy”
  • not a party ready for the mother of all battles. 
  • unhappiness whether she deserves to be Selangor chairman.
  • Kok’s rise because loyalist of Lim Guan Eng 
  • 2010 state party election Teng 4th, Kok at 11th spot.
  • 11th position holding most lucrative posts in Selangor government.
  • multiple salaries she is earning from her multiple positions 
  • problems consolidating factions since becoming state chairman. 
  • does not have personality or skills to manage
  • limited leadership skills.
  • Kok sacked local leader in Selangor Tan Tuan Tat 
  • Ronnie Liu tai-kor or big brother in Selangor. 
  • Jenice Lee ousted as the Selangor DAPSY chief last Saturday 
 Seperti disebut OutSyed The Box :
"The issues are about money and power, one obviously leading to the other.  Its like the Ghee Hin and the Hai San again."

9.  Saya nak menarik perhatian pembaca, agar kita sama-sama menilai apa yang sedang berlaku di depan mata kita. Tidak salah bercita-cita untuk memerintah Negara, tidak salah menyimpan agenda untuk berkuasa di Tanah Melayu dengan niat "for a better Malaysia". Yang salah ialah bila "perjuangan" berdasarkan tamak dan haloba kepada kuasa & kekayaan. 

Belum pun memiliki kuasa untuk memerintah Tanah Melayu, belum pun dinobatkan sebagai Abang Besar Malaysia, dah mula bercakaran, bertelingkah, berebut kuasa dan wang ringgit. 
Apakah ini parti yang kita nak sandarkan harapan untuk membawa Negara ke mercu kegemilangan? Apakah kumpulan manusia kafir komunis yang tamak haloba ini yang kita harapkan untuk mempertahan dan memperjuangkan Maruah, Kedaulatan dan Kesucian Agama Bangsa? Apakah binatang komunis ini yang secara jelas memusuhi Melayu Islam, yang cakap tak serupa bikin, kita bakal angkat sebagai payung Melayu Islam?  Allah SWT dah tunjukkan kepada kita kebobrokkan DAP. Gunakanlah akal yang dipinjamkan, buatlah pilihan yang terbaik dengan meletakkan masa depan, maruah dan kesucian Agama Bangsa paling atas. MELAYU ISLAM WAJIB TOLAK DAP PRU 13..!!!

10.  ALLAH BERSAMA UMNO

No comments:

Post a Comment