Monday, November 19, 2012

IBU TUNGGAL JADI TUNGGUL, MEREPUT...

1.  Posting kali ini ditujukan khas kepada YAB TS Abdul Khalid b Ibrahim (Khalid). 
Sedapnya nama, besar pangkatnya, tinggi jawatannya. Ye lah, Menteri Besar Selangor, Negeri paling maju di Tanah Melayu. Exco Hal Ehwal Agama Islam pulak tu..(lantik diri sendiri).

2.   Posting ini BUKAN nak mengamuk. BUKAN nak kutuk dan hina, dan BUKAN nak marah-marah. Kali ini saya nak merayu. 

3.  Saya nak rayu agar Khalid jagalah dari tidur. Bukalah mata, sedarlah dari mimpi. Saya nak merayu agar TS Khalid bangun, bangkit dan berdiri tegak, melaksanakan tugas, tanggungjawab dan peranan anda sebagai Menteri Besar Selangor yang benar. Bangunlah Khalid, bukankah Khalid dah mengangkat sumpah akan berkhidmat sebaiknya di hadapan DYMM Sultan Selangor?

4.  Salahkah Rakyat Selangor sekiranya berpandangan bahawa Khalid lebih banyak menghabiskan masa melayan kerenah dan kehendak Abang Besar DAP? Silapkah Rakyat Selangor sekiranya beranggapan bahawa Khalid HANYALAH alat untuk menjayakan agenda besar DAP Komunis? Tersasarkah anggapan Rakyat Selangor andai berfikir bahawa Khalid TIDAK LAYAK MENJADI MENTERI BESAR DAN GAGAL MENTADBIR SELANGOR DENGAN CEMERLANG? Berdosakah Rakyat Selangor sekiranya berfikiran bahawa Khalid lebih sibuk nak mempertahankan kerusi dan jawatan sehingga meninggalkan tanggungjawab membela dan memajukan Rakyat?

5.  Jawapannya TIDAK. Rakyat tak bersalah. Rakyat hanya menuntut hak mereka. Rakyat Selangor telah memberikan kepercayaan, memperjudikan masa depan mereka untuk memberikan kemenangan kepada Pakatan pada PRU 12. Malangnya, kepercayaan dan keyakinan Rakyat telah dilacurkan oleh Khalid dan Abang Besar DAP. Khalid dan Abang Besar DAP lebih haiwan daripada haiwan.

6.  Kenapa saya berkata demikian? Kerana MANUSIA BERPEGANG PADA JANJI. Salah satu alasan yang membezakan manusia dengan haiwan selain dikurniakan akal fikiran adalah Berpegang Pada Janji. 

Arwah bapa saya, Tn Hj Abd Rahman b Rejab pernah mengajar saya bahawa : Tanda Orang Munafik ada 3: jika berbicara dia dusta, jika berjanji dia ingkar, dan jika dipercayai (diberi amanah) dia berkhianat. Saya bukan berniat nak menjatuhkan hukum, pembaca nilailah sendiri. 

Anak sekolah pun tau dan sedar bahawa Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Exco Agama Islam adalah sebenarnya PENIPU & PEMBOHONG, INGKAR JANJI & KHIANAT AMANAH. 

7.  Bukankah Khalid KHIANAT PADA AMANAH yang diserahkan oleh Rakyat Selangor bila tinggalkan tanggungjawab membela Rakyat, TAK  turun padang, lebih banyak menghabiskan masa di pejabat untuk berpolitik dan menyelamatkan kedudukan politiknya? Bukankah Khalid seorang PENIPU DAN PEMBOHONG bila cuba menipu Rakyat dengan alasan-alasan picisan kononnya Kerajaan Negeri Bersih, Cekap & Amanah bila dibangkitkan isu-isu berkenaan segala kebobrokan Kerajaan Negeri Selangor: skandal pasir, sampah, Talam Corp, isu air dan lain-lain ? Bukankah Khalid INGKAR PADA JANJI bila tiada satu pun janji manifesto PRU 12 ditunaikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat ?
 
Pembaca sila rujuk Manifesto Pakatan Rakyat untuk PRU 2008 (ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif).

8.  Posting kali ini lahir dari perasaan simpati saya terhadap ibu tunggal di Hulu Langat. Difahamkan bahawa Persatuan Kebajikan Jalinan Mesra Ibu Tunggal Hulu Langat (Ibu Tunggal) telah memulakan gerakan untuk menuntut Kerajaan Negeri menunaikan janji mereka seperti yang diwar-warkan dalam manifesto 2008. 

Di bawah tajuk : TAWARAN KAMI SEKIRANYA DIPILIH DI SELANGOR, Pakatan Rakyat telah berjanji, sekiranya mereka berjaya memerintah Selangor, ibu tunggal yang layak akan diberikan elaun khas (rujuk perkara ke 9, di bawah tajuk kecil Sosial & Kebajikan Rakyat).

Sehingga kini, saya telah dimaklumkan oleh Ibu Tunggal bahawa :

i.    Tiada sebarang bancian ibu tunggal yang dibuat oleh Kerajaan Negeri
ii.   Tiada sebarang makluman / arahan / garis panduan yang dikeluarkan oleh Kerajaan
       Negeri berkenaan Pembayaran Elaun kepada Ibu Tunggal di Selangor
iii.  Tiada sebarang Syarat Kelayakan dan / atau Prosedur Khusus untuk dipenuhi oleh ibu    
      tunggal bagi melayakkan mereka mendapat Elaun tersebut.
iv.   Tidak kelihatan sebarang usaha oleh Kerajaan Negeri untuk menunaikan janji kepada
       ibu tunggal di seluruh Negeri Selangor
      



  
9.  Saya menyanjung tinggi usaha yang digerakkan. Inisiatif yang dimulakan oleh Persatuan Kebajikan Jalinan Mesra Ibu Tunggal Hulu Langat yang dipengerusikan oleh Pn Zainarini bt Sidek telah membuka mata saya mengenai semangat memperjuangkan hak. Khalid jangan sesekali menganggap bahawa ibu tunggal mudah diperbodohkan. Jangan sesekali beranggapan bahawa ibu tunggal Rakyat Kelas Bawah yang tak perlu diberi perhatian. Khalid jangan sesekali terlupa bahawa ibu tunggal juga adalah Rakyat yang BERHAK. Mereka tidak meminta apa-apa. Ibu tunggal hanya menuntut apa yang telah dijanjikan. 

10.  Rakyat Selangor tak perlukan Menteri Besar atau Kerajaan Negeri yang selama ini hanya pandai membohongi Rakyat. Rakyat semakin bijak. PRU 13 bakal menyaksikan Khalid dan Abang Besar DAP terkubur di Selangor. Percayalah, ALLAH BERSAMA UMNO.  

No comments:

Post a Comment