Wednesday, November 14, 2012

SESAT DAN MENYESATKAN.... ASTAGHAFIRULLAH..

1.  Terlalu ramai yang bercakap dan menyampaikan pandangan berkenaan kenyataan YB Nurul Izzah bt Anwar (N. Izzah)mengenai isu kebebasan beragama bagi Melayu Islam.

2.  Walau apa sekalipun, yang jelas, majoriti Melayu Islam faham dan sedar tentang apa yang diperkatakan oleh N. Izzah. Melayu Islam yang telah lama mengikuti perkembangan budak berhingus ini di dalam arena politik Tanah Melayu yakin dan percaya bahawa inilah agenda sebenar DS Anwar Ibrahim (DSAI), anak beranak dan kuncu-kuncunya dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Kenyataan N. Izzah, yang pastinya berasal usul dari pendirian dan pandangan DSAI, bukan hanya sekadar ingin memancing undi bukan Islam atau ingin kelihatan sebagai liberal, terbuka dan moden, malah saya percaya bahawa inilah sebenar-benar asas dan dasar "perjuangan" anak beranak ini. Saya yakin dan percaya bahawa Islam Liberal versi DSAI inilah yang telah berjaya diserap ke dalam setiap jiwa dan sanubari anak beranak & keluarga serta penyokong mereka. Tambah membimbangkan, anutan liberal ini pula sedang cuba diserapkan kepada Melayu Islam lain. 

3.  Melayu Islam tidak seharusnya memandang kenyataan N. Izzah ini hanya sebagai satu gimik politik. Melayu Islam tidak seharusnya memandang remeh.  Kita, Melayu Islam di Tanah Melayu ini perlu memandang isu ini sebagai satu gerakan yang telah jelas sesat, satu ancaman kepada maruah, kedaulatan dan kesucian Agama Bangsa dan satu cubaan untuk menyahIslamkan umat Muhammad SAW di Tanah Melayu ini.

4.  Kenapa? Kerana sekiranya dibiarkan fahaman ini berterusan dianuti oleh Melayu Islam, dikembangkan melalui ceramah, forum dsb secara terbuka atau sulit, maka segala usaha UMNO dan Kerajaan BN untuk memartabat dan memajukan Syiar Islam di Tanah Melayu ini akan berkubur dan dan terlupus buat selama-lamanya. Sekiranya, gerakan meliberalkan Islam di Tanah Melayu ini diberikan ruang dan peluang, maka akan terhapuslah satu-satunya ketamadunan Islam yang masih ujud di atas muka bumi Allah ini.   

5.  A blatant disregard for the sanctity of Islam and Malaysian Muslim. Itulah pandangan dan pendirian saya.. Tapi, seperti yang yang sebutkan di atas, kenyataan N. Izzah di forum tersebut bukanlah sebab utama timbulnya kebimbangan dan keresahan saya. Kenyataan yang menuntut agar Melayu Islam diberikan kebebasan untuk memilih Agama hanyalah sebahagian kecil dari agenda besar DSAI, PKR, DAP dan paymaster mereka. Agenda besar untuk meliberalkan Islam dan umat Melayu Islam inilah yang WAJIB bagi kita, sebagai hamba Allah SWT perangi habis-habisan. DSAI, N. Izzah, dan abang besar DAP perlu kita tentang. Wajib kita kuburkan niat mereka ini. Dan medan paling sesuai untuk kita, Melayu Islam menghancurkan DSAI dan kafir komunis bersama agenda untuk menyesatkan umat ini ialah PRU 13.

6.  Izinkan saya untuk mengajukan beberapa persoalan :
     i.  Apa hak gereja Full Gospel Tabernacle untuk membincang dan mempertikai Islam, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan Hak Melayu ? Pernahkah sebelum ini, umat Islam yang selama ini amat berlembut dan hanya berdiam, mencampuri urusan dan hak beragama kaum lain?

    ii.  Kenapa pula forum ini diadakan di gereja?

    iii.  Kenapa N. Izzah? Apakah kelayakan N. Izzah untuk bercakap dan memberikan pandangan berkenaan Islam? Layakkah N. Izzah untuk "mewakili" umat Islam Tanah Melayu? Kalau benar, atas alasan ingin memahami Islam, atau ingin sangat untuk mengadakan perbincangan antara Agama, kenapa tidak merujuk kepada JAKIM? atau, Majlis Fatwa Kebangsaan? Atau Majlis Ulamak? Atau sekurang-kurangnya menjemput Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ? KENAPA NURUL IZZAH BT ANWAR..???

7.  Jawapannya mudah. Sekiranya pihak-pihak tersebut di atas dijemput dan dirujuk, maka peluang untuk mengelirukan umat Melayu Islam akan terbantut. Rahsia agenda besar untuk menyesatkan umat Islam akan terbongkar. Kafir Komunis DAP, dengan bantuan bapa segala pengkhianat Agama Bangsa akan berjaya MEMBUNUH MELAYU ISLAM.

8.  Jadi, apa pula tindakan kita sebagai umat Melayu Islam? Apakah kita masih ingin berdiam diri dan kekal dengan attitude & mentaliti "tidak apa" yang kita dokong selama ini? Apakah kita masih mampu bersabar? Atau apakah kita, Melayu Islam di atas muka bumi Allah ini membulatkan tekad, menguatkan perpaduan dan bersatu untuk BANGUN DAN MENENTANG KEMUNGKARAN YANG CUBA DI BAWA OLEH DSAI, N. IZZAH dan kuncu-kuncunya?

9.  Agama Bangsa belum menuntut kita mengasah senjata, menghunus parang dan pedang, mencari senapang patah pusaka peninggalan moyang kita. AGAMA BANGSA MENUNTUT KITA, ANAK BANGSA MELAYU ISLAM MENOLAK DSAI, N. IZZAH & DAP DALAM PRU 13..!! Ayuh Melayu Islam! TOLAK AGENDA KAFIR..!! UNDI BN..!! PASTIKAN SYIAR ISLAM TETAP UTUH DI TANAH MELAYU..!!

10.  ALLAH BERSAMA UMNO             

No comments:

Post a Comment