Friday, July 20, 2012

RAMADHAN: Great time to MUHASABAH, INSAF & KEMBALI KE ASAS PERJUANGAN ASAL


1.  Saya nak mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada seluruh umat Melayu Islam Malaysia di atas kesalahan dan kesilapan saya, kekurangan dan kelemahan saya dalam menjalankan tanggungjawab saya terhadap Agama, Bangsa dan Tanahair.

2.  Ramadhan datang lagi. Ramadhan terakhir sebelum PRU13. Marilah kita sama-sama muhasabah diri, insaf dan kembali ke asas perjuangan asal Agama Bangsa. Marilah kita, bersama-sama merenung kembali dalam diri dan memohon keampunan Allah SWT di atas segala dosa dan kesilapan kita dalam menjaga dan memelihara amanah Allah.

3.  Kita sudah terlalu banyak dosa, terlalu jauh menyimpang dan tergelincir dari landasan perjuangan. kita sudah terlalu jauh meninggalkan tanggungjawab sebenar dalam memelihara, memperjuang, mempertahan dan memartabatkan maruah, kesucian dan kedaulatan Agama Bangsa.

4.  Kitalah punca segala permasalahan dan kemelut yang melanda. Kitalah penyebab kepada perpecahan dan persengketaan dikalangan anak Bangsa Melayu Islam. Kita, anak Bangsa Melayu Islam telah menjadi musuh kepada Agama Bangsa kita sendiri dan kalau keadaan ini berterusan, KITA BAKAL MENJADI PEMBUNUH KEPADA KEWUJUDAN MELAYU ISLAM DI TANAH MELAYU ini.

5.  Marilah saudara-saudaraku, kita kembali kepada asas perjuangan. Kita kembali kepada kenapa kita sebagai umat Muhammad diletakkan di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Ayuh kita sama-sama kembali memikul amanah yang dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT. Ayuh kita kembali menjadi HAMBA ALLAH dan bukan HAMBA DUIT & KUASA.

6.  Marilah kita gunakan kesempatan di bulan mulia ini untuk menguatkan perpaduan dan kesepakatan ummah. Marilah kita gunakan peluang yang ada untuk kembali berdiri sebagai SATU BANGSA SATU SUARA. Ayuh kita buktikan kepada musuh Melayu Islam bahawa anak bangsa Melayu Islam sentiasa dan akan terus bersatu dan berpadu walau apa rintangan dan halangan sekalipun.

7.  Ayuh kita sama-sama tinggalkan kepentingan diri, puak dan suku. Ayuh kita tinggalkan segala tabiat dan kelakuan kita yang selama ini merosakkan maruah dan kesucian Agama Bangsa. Ayuh kita letakkan perjuangan suci sebagai keutamaan nombor satu dalam kita menjalani kehidupan seharian kita. Ayuh kita menjadi HAMBA ALLAH YANG JUJUR, IKHLAS, BERSIH & AMANAH dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Ayuh kita buang sikap TAMAK HALOBA & PENTINGKAN DIRI yang selama ini telah menjadikan kita penyamun dan perompak yang telah merampas dari yang hak.

8.  Marilah kita sama-sama, bermula dari Ramadhan tahun ini mengamalkan kejujuran dan keikhlasan dalam meneruskan perjuangan kita. Nasib dan masa depan Melayu Islam bergantung kepada bagaimana kita melayari hari-hari berikut dalam menghadapi ketibaan PRU13. Kepada ahli dan penyokong UMNO, teruskan berjuang dengan jujur dan ikhlas. Percayalah bahawa perjuangan suci ini adalah perjuangan yang diredhai dan dirahmati Allah SWT. Jangan bimbang dan gusar kerana kita di jalan yang benar dan diredhai.

9.  Kepada Melayu Islam penyokong PAS/PKR/DAP dan juga yang tak berparti, ayuh kita bersatu di bawah payung yang selama ini memperjuangkan Agama Bangsa tanpa menuntut apa-apa. Ayuh sama-sama berjuang di jalan benar bersama UMNO. Ayuh kita sama-sama mempertahankan kesucian dan kedaulatan Agama Bangsa yang semakin hari semakin dipijak, dihina dan diperkotak katikkan.

10.  Ayuh kita gunakan sebaik-baiknya kemuliaan Ramadhan ini untuk kembali menjadi satu.

11.  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

No comments:

Post a Comment