Tuesday, July 17, 2012

JATI : FRIEND ke FOE, ke DURI DALAM DAGING?

1.  Ada teman saya berkata, beliau amat terkejut bila mendapat tahu JATI bakal meletakkan beberapa orang calon pada PRU 13 nanti. 

2.  Sambungnya lagi, dengar-dengarnya, JATI akan bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Selangor, termasuklah di kawasan Parlimen Hulu Langat.

3.  Dengan pantas saya menjawab : jangan bimbang, ini semua adalah khabar angin, bagi meredakan keresahan teman saya itu.

4.  Khabarnya dah tersedia bakal calon kerusi Parlimen Hulu Langat dan Jentera Pilihanraya pun telah ditubuhkan. Jentera pilihanraya JATI pula, menurut teman saya lagi, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO di peringkat Cawangan. Mesyuarat, majlis perjumpaan dan perbincangan jentera juga telah beberapa kali diadakan.

5.  Baiklah, katakanlah apa yang diberitakan oleh teman saya itu adalah benar, kita berikanlah "the benefit of the doubt" terhadap dakwaan teman saya itu walaupun saya secara peribadinya beranggapan bahawa ianya hanyalah khabar angin. JATI adalah pertubuhan NGO, non political, non partisan, perjuangannya HANYA SATU, mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu (IMR).

6.  Katakanlah memang benar JATI bakal bertanding di Parlimen Hulu Langat, beberapa persoalan utama adalah :

i.  KENAPA dasar perjuangan JATI yang pada awalnya TIDAK berkepentingan politik, TIADA cita-cita politik dan TIADA KENE MENGENA dengan politik (ini pemahaman saya mengenai kewujudan JATI dan turut disebut oleh YB Dato Dr Hassan Ali pada awal "tour" JATI. sekiranya salah mohon dibetulkan) tiba-tiba berubah? Apakah ini memang niat sebenar JATI sejak awal? Kalau benar, apakah seluruh umat Melayu Islam di Tanah Melayu ini (termasuk saya sendiri) telah ditipu dan tertipu bulat-bulat? Kalau benar, APAKAH YANG SEBENARNYA YANG JATI INGINKAN? APAKAH NIAT DAN MATLAMAT SEBENAR JATI? Sejauh mana pula JATI ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan IMR?

ii.   Sekiranyalah  benar, maka atas tiket/platform apa calon JATI bakal bertanding pada PRU 13 nanti? BN ATAU BEBAS? atau PAS/PKR (mohon dijauhkan)? Sekiranya di atas tiket BEBAS dan bertanding di kawasan yang sama dengan calon UMNO (seperti di Parlimen Hulu Langat), bukankah langkah ini pastinya akan tambah memecahkan undi Melayu Islam? YB Dato Dr Hassan Ali sering memperkatakan di dalam ceramah beliau: "JANGAN UNDI DAP, JANGAN UNDI PKR, JANGAN UNDI PARASIT DALAM PAS.." Melayu Islam undi apa?  JATI ?  Bagaimana pula dengan UMNO/BN ?

iii.  Sekiranya benar JATI bakal bertanding pada PRU 13, dan berniat ikhlas untuk "mengalahkan" DAP dan PKR, KENAPA perlu meletakkan calon di kawasan UMNO? Kenapa P101 Hulu Langat? Kenapa tidak diletakkan calon di kawasan-kawasan yang tidak ditandingi UMNO seperti Subang, Kelana Jaya, Klang, Selayang, Pandan dan lain-lain?

Kepimpinan JATI harus lebih bertanggungjawab. Jangan mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Melayu Islam. NYATAKAN PENDIRIAN DENGAN TELUS DAN IKHLAS. 

7.  JATI wajib memaklumkan kepada Melayu Islam di Tanah Melayu ini APA SEBENARNYA yang mereka mahukan. APA SEBENARNYA tujuan dan matlamat perjuangan mereka. Nak berjuang mempertahankan IMR tak perlu kerusi wakil rakyat, tak perlu kuasa politik kerana tugas dan tanggungjawab politik Melayu Islam telah digalas dengan begitu cemerlang sejak dulu oleh UMNO. Tanggungjawab JATI, sekiranya ikhlas mempertahankan IMR adalah untuk MEMBANTU UMNO dan bukan untuk berebut kerusi dengan UMNO (kalau tak silap saya, Tun Mahathir juga pernah mempertikai niat, tujuan dan pendirian JATI tak berapa lama dulu).

8.  Melayu Islam harus berhati-hati. Jangan sampai terjerumus dikudakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jangan jadi alat permainan golongan Melayu Islam opportunis. Tak guna setiap hari berceramah melaungkan perjuangan Islam dan Melayu, tak guna berceramah sehingga menitiskan airmata kononnya sebab keinsafan dalam perjuangan hanya untuk memperdaya Melayu Islam demi untuk kerusi wakil rakyat dan kuasa. Tak guna menyeru dan merayu perpaduan ummah dengan niat memperdaya Melayu islam untuk meraih sokongan demi kepentingan diri. MELAYU ISLAM JANGAN TERTIPU LAGI. JATI JANGAN JADI DURI DALAM DAGING, MEMECAHBELAHKAN LAGI UMAT MELAYU ISLAM.

9.  Saya nyatakan soalan-soalan dan ulasan di atas dengan andaian bahawa apa yang disampaikan oleh teman saya itu benar. Akan tetapi, Melayu Islam tidak seharusnya mengambil remeh perkara ini. Fikirlah semasak-masaknya sebelum terlambat. Nasib Agama Bangsa bergantung kepada keputusan PRU13. Bersatu dan berpadulah di bawah payung UMNO seperti yang pernah diamalkan oleh Melayu Islam dulu, jangan kita gadaikan amanah Allah SWT ini, peliharalah Islam dan Tanah Melayu sebaiknya walau nyawa jadi taruhan. Tanah Melayu TIADA TEMPAT UNTUK PEMIMPIN OPPORTUNIS. 
    
 

1 comment:

  1. Cynical, yet maybe ada kebenarannya? wallahualam. Guess we'll wait n c.

    ReplyDelete