Friday, June 22, 2012

REGIME CHANGE anyone..? Think again....

1.  Ramai sangat (terutamanya those morons in PKR) asyik bercakap pasal "Regime Change". Saya tak pasti samada puak-puak yang begitu lantang memperjuangkan "tukar rejim" ini benar-benar faham apa yang mereka laungkan.

2.  Saya bukanlah pakar bahasa, tetapi jika istilah "regime" digunakan untuk menggambarkan corak pemerintahan kerajaan Barisan Nasional sekarang, ia adalah tidak tepat sama sekali. Pada saya, perkataan "regime atau rejim" yang sering digunakan masakini adalah lebih menjurus ke arah konotasi negatif, seperti kerajaan yang bersifat diktator atau authoritharian. Maka sebab itulah saya mengatakan bahawa istilah rejim tidak sesuai untuk diguna bagi menggambarkan kerajaan Barisan Nasional, sejak dulu sehinggalah ke hari ini.

3.  Sehingga sekarang, puak-puak yang sering sangat melaung dan menuntut Rakyat bangun dan menukar rejim, puak-puak yang setiap hari menghasut dan menanamkan kebencian rakyat kepada kerajaan yang kononnya zalim dan kejam MASIH GAGAL UNTUK MENGEMUKAKAN BUKTI SAHIH BAHAWA KERAJAAN BARISAN NASIONAL INI ZALIM, KEJAM DAN PERLU DITUKAR DEMI KESEJAHTERAAN RAKYAT ! Yang ada cuma cakap-cakap kosong dan fitnah yang menceriakan pentas ceramah (perlu diingat, ceramah PR sekarangpun dah kurang "laku", petanda Rakyat sudah mulai bosan).

4.  Istilah "puak" yang saya sebutkan di atas adalah khusus dan khas untuk DAP, PKR dan PAS (dari pemimpin tertinggi sehinggalah balaci-balaci Komunis di akar umbi).

5.  Akan tetapi, Rakyat bebas untuk mempunyai pandangan dan pendapat. Kerajaan atau sesiapaun juga tiada hak untuk memaksa Rakyat menolak PR dan menerima BN. Sekiranya Barisan Nasional inginkan sokongan majoriti Rakyat, ia (BN) WAJIB memenangi kepercayaan Rakyat dengan membuktikan bahawa hanya Barisan Nasionallah pilihan yang ada, yang terbaik dan yang mampu untuk membawa Tanahair ini ke mercu kegemilangan.

6.  Kepada Rakyat khususnya Melayu Islam di Tanah Melayu ini yang masih menganggap bahawa kerajaan Barisan Nasional adalah sebuah kerajaan yang zalim dan kejam, yang merasakan bahawa perlu ada "regime change" di Malaysia, izinkan saya memberikan cadangan.

7.  Belum ada dalam sejarah demokrasi dunia moden sebuah kerajaan yang mampu memerintah lebih 50 tahun. Setiap Rakyat Malaysia tidak boleh menafikan bahawa mereka telah mendapat nikmat, faedah dan kesejahteraan hidup daripada kerajaan BN. Dan disebabkan pengalaman, kebolehan dan kemampuan Barisan Nasionallah maka Rakyat tanpa ragu memilih BN setiap kali Pilihanraya Umum. Ini hakikat yang tidak boleh dinafikan oleh sesiapapun di dunia ini. 

8.  Saya nak mencadangkan kepada mana-mana pihak yang beria-ia untuk "menukar rejim", apa salahnya kalau : KITA TIDAK MENUKAR REJIM TETAPI KITA GANTI PEMIMPIN YANG ADA? 

9.  Kalau Rakyat masih terus mahu perubahan, kalau nekad untuk menukar kerajaan, apa salahnya kalau KITA HANYA GANTI PEMIMPIN? Kita KEKALKAN BARISAN NASIONAL YANG MEMPUNYAI REKOD PERKHIDMATAN YANG AMAT CEMERLANG SEBAGAI KERAJAAN, cuma kita GANTIKAN PEMIMPIN YANG SELAMA INI MEROSAKKAN AGAMA, BANGSA DAN TANAHAIR. SETIAP PERINGKAT DARI TERTINGGI SEHINGGALAH DI AKAR UMBI.

10.  Kita buang Ketua Bahagian & Saf Kepimpinannya, Wakil Rakyat, Menteri dan sesiapa saja pemimpin yang selama ini tidak menjalankan tanggungjawabnya sebaik mungkin dan kita gantikan dengan pemimpin yang lebih baik, lebih telus, jujur dan iklhas dalam memperjuangkan nasib Agama Bangsa.    

11.  Inilah sebenarnya Trasformasi yang dibawa oleh DS Najib Razak. Rakyat harus memberikan peluang kepada beliau untuk membuktikan bahawa beliau ikhlas dan benar-benar serious dalam usaha untuk memperbaiki segala kelemahan kerajaan akibat kealpaan kita sendiri. Ayuh kita berikan sepenuh kepercayaan kepada Perdana Menteri untuk memilih siapa saja yang dirasakan paling terbaik dikalangan yang ada untuk meneraju Agama, Bangsa dan Tanahair kearah kegemilangan. Dan sekiranya bila sudah diberi peluang, DS Najib Razak pula yang menyeleweng dari asas perjuangan, MAKA WAJIBLAH BAGI KITA SEBAGAI UMAT MELAYU ISLAM UNTUK MENGGANTIKAN BELIAU DENGAN PEMIMPIN LAIN.

12.  Setiap kita sebenarnya sedar bahawa tiada kerajaan lain yang lebih baik dalam mentadbir dan mengurus Tanahair tercinta ini walaupun kerajaan sekarang bukanlah tiada kekurangan dan kesilapan. Ayuh kita sama-sama berfikir secara matang dan terbuka. Tidak salah menukar "rejim", tetapi adalah lebih baik menggantikan kelambu yang berlubang daripada membakar seluruh rumah kerana marahkan seekor nyamuk.

   

No comments:

Post a Comment