Wednesday, June 20, 2012

BUAT RENUNGAN ANAK BANGSA

1.  Kecuali 1969, belum pernah Pilihanraya Umum di Tanah Melayu mendapat perhatian sebegitu hebat oleh Rakyat. Kebiasaannya, Rakyat telah lebih dahulu menjangka keputusan Pilihanraya, tiada sebarang kejutan besar yang mampu untuk menjadi perbualan hangat di kedai-kedai kopi selama bertahun-tahun. Ya, Tsunami Politik yang melanda Negara pada PRU12 masih menjadi bualan dikalangan Rakyat sehingga hari ini. PRU 12 telah menjadi salah satu peristiwa bersejarah paling hangat dan paling mengejutkan.  

2.  Akan tetapi, "kehebatan" keputusan Pilihanraya Umum Ke 13 tidak lama lagi akan menenggelamkan kehebatan dan kejutan yang dihasilkan oleh PRU 12. 

3.  PRU 13 bukan sekadar pilihanraya umum. PRU 13, seperti yang sering dilaungkan oleh pemimpin politik, adalah "Mother of all Elections".PRU 13 akan menjadi penentu. PRU 13 akan menjadi bahan rujukan para sarjana 50 atau 60 tahun dari sekarang bergantung kepada keputusannya. PRU 13 sebenarnya akan menjadi medan Melayu Islam vs Everybody else.

4. PRU 13 bukan untuk tentukan siapa jadi wakil Rakyat. Bukan juga untuk yang menang mentertawakan yang kalah. PRU 13 bukan untuk membalas dendam kesumat yang selama ini terpendam di hati, bukan juga untuk melihat samada angan-angan ke Putrajaya menjadi kenyataan. PRU 13 BUKAN untuk mencuba kerajaan baru.

5.  Soal siapa menang, siapa kalah, siapa pula jadi kerajaan atau siapa jadi Perdana Menteri BUKAN AGENDA UTAMA. siapa saja boleh menjadi PM sekiranya jumlah kerusi yang dimenangi mencukupi untuk membentuk kerajaan. Sesiapapun boleh mentadbir dan mengurus Negara ini, walau perlu kita terima hakikat bahawa TIADA Kerajaan lain yang layak dan mampu selain Kerajaan BARISAN NASIONAL.

6.  Saya nak tekankan disini bahawa yang paling utama, di manakah kedudukan MELAYU ISLAM  di Tanah Melayu ini selepas PRU 13 ? Apakah nasib anak Bangsa Melayu Islam SEKIRANYA Kerajaan Malaysia DITUNJANGI KAFIR KOMUNIS DAP? Apakah akan terjadi kepada Maruah & Kesucian Agama Islam SEKIRANYA Tanah Melayu yang bertuah ini BUKAN lagi diperintah oleh Melayu Islam?

7.  Saya ingin mengajak setiap Melayu Islam Malaysia terutamanya yang di dalam PAS untuk kita sama-sama merenung jauh ke dalam dan bertanya kepada diri masing-masing setiap soalan yang saya kemukakan di atas. Jawablah dengan sepenuh keikhlasan, dengan hati yang suci bersih demi masa depan Agama Bangsa. 

8.  Tanya juga kepada diri masing-masing: Apakah kita, umat Melayu Islam Malaysia sudah bersedia dan redha mensamatarafkan Agama Suci Allah ini dengan agama lain? Apakah kita, umat Melayu Islam dah bersedia  dan redha untuk mengiktiraf dan menghalalkan gaya hidup Lesbian, Gay, Biseksual & Transgender? Apakah kita, umat Melayu Islam dengan rela hati sanggup untuk menerima fahaman Liberalisme & Pluralisma dalam kehidupan kita? Apakah kita umat Melayu Islam, sanggup dan redha untuk mengangkat pendukung LGBT sebagai pemimpin umat Malaysia dan payung Agama Suci Allah? Akhir sekali, marilah kita bersama-sama bertanyakan kepada diri sendiri APAKAH KITA, UMAT MELAYU ISLAM MALAYSIA SANGGUP UNTUK MENANGGUNG SEGALA DOSA KERANA MEMPERDAGANGKAN KESUCIAN MARUAH AGAMA BANGSA DEMI DENDAM KESUMAT DAN UNTUK MEMPEROLEH KUASA? APAKAH KITA REDHA DILAKNAT ALLAH SWT?

 9.  Saya percaya, sekiranya kita bertanya kepada diri sendiri dengan ikhlas dan jujur, dan kita memberikan jawapan kepada setiap soalan juga dengan ikhlas dan jujur, maka jawapan kepada semua soalan yang saya kemukakan pastinya adalah TIDAK. Oleh itu Saudara-Saudara seagama dan sebangsa ku, ayuh kita kembali bersatu. Ayuh kita tingkatkan perpaduan. Ayuh kita kembali kepada asas perjuangan asal kenapa kita diletakkan di muka bumi ini. Umat Melayu Islam Malaysia TIDAK mampu untuk berpecah lagi. Maruah & Kedaulatan Agama Bangsa sedang dipijak dan dihina dengan begitu biadap. Bersatulah saudara-saudaraku. Kita sudah tiada pilihan dan masa.

10.  Melayu Islam Malaysia TIDAK ada pilihan lain selain UMNO. Pilihlah kerajaan yang mampu untuk mempertahan dan memperjuangkan maruah Agama Bangsa. Pilihlah Barisan Nsional yang ditunjangi UMNO walau ianya bukanlah sempurna dan suci dari salah silap TETAPI ADALAH YANG TERBAIK DI KALANGAN YANG ADA. Pilihlah dengan bijak. Semoga Allah merahmati perjuangan kita untuk mempertahankan Agama Bangsa.

Insya Allah

 

 

 

No comments:

Post a Comment