Wednesday, January 18, 2012

Tuntutan Penutupan Plaza Tol Grand Saga, Cheras

1. Bermula ketika Majlis Berbuka Puasa YAB PM bersama rakyat di Dataran Usahawan Pekan Bt 14, Hulu Langat pada 2011, Ketua UMNO Bhg Hulu Langat YB Datuk Hj Johan b Abd Aziz telah memohon bagi pihak seluruh rakyat di Hulu Langat agar plaza tol lebuhraya Grand Saga ditutup.

2. DS Najib dalan ucapannya pada majlis tersebut berjanji akan mengkaji permohonan tersebut secepat mungkin.

3. UMNO Bahagian pula telah mengadakan sidang media seminggu selepas majlis tersebut bagi menyerahkan memorandum tuntutan kepada pihak PM

4. Tuntutan kali kedua telah diserahkan kepada pihak YB PM semasa program Perjumpaan Tertutup Jentera Pilihanraya Seluruh Negeri Selangor baru-baru ini.

5. Lanjutan daripada itu, pihak UMNO Bahagian akan sekali lagi mengadakan sidang media berkenaan isu ini bagi meneruskan usaha pihak bahagian dalam memastikan kejayaan tuntutan ini. Sidang media tersebut akan diadakan pada 9 PAGI, SABTU 21 JANUARI 2012 di OLD TOWN KOPITIAM, BANDAR SUNGAI LONG.

6. Pihak bahagian ingin menjemput seluruh rakyat Hulu Langat agar dapat hadir bagi menyatakan sokongan terhadap tuntutan ini. Semoga apa yang kita sedang usahakan akan mendapat kejayaan.

1 comment:

  1. Syabas UMNO HL! Tak payah la bayar tol and masuk jam lagi.

    ReplyDelete