Thursday, March 28, 2013

MELAYU ISLAM MALAYSIA : MASA DEPAN KELAM

1.  Entah bila PRU 13. Walau apa sekalipun, samada Parlimen dibubar dalam masa terdekat atau bakal batal secara otomatik, bukanlah satu masalah yang besar. Come what may, secara umumnya Jentera BN khususnya di Parlimen Hulu Langat sedang berada di tahap siapsiaga yang amat-amat membanggakan. Belum pernah, selama terlibat secara langsung di dalam beberapa PRU, saya menyaksikan tahap persediaan dan semangat yang begitu tinggi dikalangan jentera BN Hulu Langat. Ya, masih ada beberapa kelemahan, namun secara umumnya, BN Hulu Langat telah amat bersedia.

2.  Seperti yang saya selalu nyatakan, PRU 13 bukan hanya untuk menentukan siapa atau parti mana bakal membentuk kerajaan. PRU 13 melangkaui keperluan kebiasaan. PRU 13 lebih besar dari menterjemah amalan demokrasi di Tanah Melayu. PRU 13 adalah medan akhir bagi menentukan di mana kedudukan Maruah, Kesucian & Kedaulatan Agama Bangsa, ke mana arah tuju & masa depan Anak Bangsa Melayu Islam di Tanah Melayu ini.

3.  Katakanlah, UMNO GAGAL untuk terus meneraju Negara selepas PRU13. Izinkan saya bertanya kepada seluruh umat Melayu Islam, maka dengan siapakah KITA bakal bernaung? Dengan siapakah yang dapat kita harapkan agar Maruah, Kedaulatan & Kesucian Agama Bangsa terus terbela, masa depan anak cucu kita terjamin?

4.  Apakah kita mampu untuk menaruh harapan dan kepercayaan kepada keluarga Lim dan kuncu-kuncu komunis dalam DAP? 

5.  Atau apakah kita begitu berani untuk memperjudikan nasib Agama Bangsa dengan menaruh harapan pada DS Anwar & PKR?

6.  Atau apakah PAS bakal muncul sebagai "penyelamat & pelindung" Melayu Islam?

7.  Melayu Islam yang WARAS pastinya akan menjawab TIDAK kepada kesemua soalan di atas Sekiranya ada dikalangan Melayu Islam sendiri yang yakin dan percaya bahawa Komunis DAP akan membela segala kepentingan Agama Bangsa, maka saya nasihatkan agar bermuhasabahlah. Kenali dulu siapa sebenarnya DAP dan apa agendanya. Niat busuk DAP untuk "menakluki" Tanah Melayu dengan Malaysian Malaysianya tidak pernah dan tidak akan berkubur. Tanah Melayu ini diidamkan sejak dulu bagi meneruskan perjuangan mereka merupublikkan Malaysia. Islam & Melayu TETAP menjadi MUSUH UTAMA DAP. Hak kita sebagai Melayu Islam, Kesucian Agama kita, dan Raja-Raja Melayu sebagai payung Melayu bakal terhapus secara halus dan tanpa disedari, dipermudahkan oleh Melayu Islam sendiri yang menjadi pengkhianat dan talibarut, hamba kepada kafir komunis DAP. Dan, gerakan halus ini semakin rancak bila ujudnya puak-puak evangelis kristian DAP yang begitu agresif dalam menyebarkan kristian dan memurtadkan Melayu Islam secara terbuka. 

8.  Apakah PKR pilihan terbaik untuk kita? Apakah Melayu Islam mampu untuk menerima dan menghalalkan seorang pemimpin yang mempunyai masalah moral? Apakah kita sanggup mengangkat seorang pemimpin yang bekepercayaan bahawa SEMUA AGAMA ADALAH SAMA & SETARAF? Apakah kita redha bahawa Kalimah Suci Allah diguna oleh agama lain khususnya  kristian? Apakah Allah itu : THE FATHER, THE SON & THE HOLY GHOST? Bukankah Allah itu 1?

9.  Mungkinkah PAS? Mampukah Melayu Islam menyerahkan nasib dan masa depan Agama Bangsa kepada sebuah parti yang tiada prinsip & pendirian? Kemana perginya perjuangan menegakkan Negara Islam? Kemana perginya perjuangan untuk melaksanakan Hudud? Sanggupkah kita menerima kepimpinan Agama Bangsa yang TANPA RAGU MENGUGURKAN PERJUANGAN ASAL & MENGGADAIKAN  kesucian Kalimah Allah HANYA untuk mendapat tempat disisi Komunis DAP? Bolehkah, sesiapa sahaja dikalangan pemimpin PAS yang mampu untuk menjawap "Mana perginya Hudud PAS di dalam Manifesto PR?

YB Dr Dzulkefly Ahmad MP Kuala Selangor didalam wawancara bersama The Star (28/3/2013) : "Hudud WAS NOT a Pakatan Rakyat agenda as it had not been endorsed bu other parties in the opposition coalition." Senang cakap, BERKUBURLAH HUDUD PAS & NEGARA ISLAM PAS... maka selama ini, terbuktilah bahawa Melayu Islam telah ditipu hidup-hidup oleh sebuah parti yang kononnya Islam, kononnya ingin menegakkan Negara Islam. Apakah kita mampu untuk bernaung di bawah PAS?

10.  Untuk memastikan bahawa Agama Bangsa sentiasa terpelihara dan terbela, kita memerlukan sebuah parti dominan yang memperjuangkan Agama Bangsa di dalam kerajaan. Dominan dari segi bilangan kerusi yang dimenangi dan "suara" di dalam Parlimen yang akan mempengaruhi sebarang keputusan kerajaan (seperti UMNO sekarang). Andaikata, entah macam mana, PAS, PKR & Komunis DAP menang PRU13 dan berjaya membentuk kerajaan, MAMPUKAH PAS MENJADI PARTI DOMINAN? Mampukah PAS merealisasikan impian yang selalu dicanangkan ke seluruh Tanah Melayu : PAS GANTI UMNO?

Apakah PAS mampu dari segi "suara" untuk muncul dominan dalam kerajaan nanti sedangkan sekarang ini, belumpun PRU, PAS lebih banyak mengalah bila berhadapan dengan Komunis DAP? 

Apakah PAS mampu untuk "menggantikan UMNO" sebagai payung Melayu Islam dari segi kerusi di Parlimen? YB Dr Dzulkefly Ahmad, dalam wawancara yang sama bersama The Star : "PAS had "a very fair chance" to win in the upcoming general election, saying the party hoped to win 35 to 40 of the approximately 70 seats it would be contesting at parliamentary level."

Saya ulang : "hoped to win 35 to 40 of the approximately 70 seats"

Apakah Melayu Islam mampu untuk bersandar kepada 35 - 40 kerusi di Parlimen? Apakah PAS mampu muncul sebagai parti dominan dalam kerajaan? Mampukah PAS menjadi pelindung kepada umat Melayu Islam dengan HANYA 35-40 kerusi Parlimen? Sebagai makluman, Parlimen Malaysia : 222 kerusi. Untuk menang majoriti mudah : 111 kerusi. Untuk majoriti 2/3 : 148 kerusi

Mampukah PAS GANTI UMNO dengan 35-40 kerusi sahaja? Kalau benar PAS berhasrat untuk menggantikan UMNO, PAS perlu bertanding dengan jumlah kerusi yang sama dengan UMNO (PRU 12 UMNO bertanding 117 menang 79). Apakah PAS mampu mendapat restu Abang Besar DAP untuk bertanding sejumlah kerusi tersebut? Tak usah jawap, sebab satu Malaya dah tau. 

11.  Jadi apa pilihan yang ada untuk Melayu Islam? 

Melayu Islam TIADA pilihan lain selain UMNO.

YA.. UMNO itu tidak sempurna. UMNO itu tak sunyi dari kesilapan dan kesalahan. UMNO tak pernah terlepas dari kelemahan & kekurangan. TAPI HANYA UMNO SAJALAH PILIHAN TERBAIK DI KALANGAN YANG ADA.

12.  Masa depan Martabat & Kesucian Agama Bangsa akan kelam dan bertambah malap TANPA UMNO. Bukakan hati, lapangkan dada. Serahkan kepercayaan kepada DS Najib untuk membawa Tanah Melayu ini ke satu tahap yang lebih baik.

ALLAH BERSAMA UMNO

4 comments:

  1. Sampai hari ni UMNO masih belum menyatakan apakah Hudud mengikut tafsiran UMNO. Asyik2 menyalahkan PAS. Kalau PAS mengalah kepada DAP, ayuh UMNO angkatlah bendera Hudud itu yang sesuai dengan Islam tafsiran UMNO. Kalau tak mau, katakan sahaja HUDUD tidak akan dilaksanakan UMNO kerana tidak sesuai. Ayuh tuan, katakanlah.

    ReplyDelete
  2. Mohon rujuk posting terdahulu, rujuk no. 9 & 10
    http://fuadabdrahman66.blogspot.com/2012/10/soi-lek-hudud-ape-cer.html

    ReplyDelete
  3. Mengenai Kalimah Allah, apakah ketetapan kerajaan BN? Pandangan PAS/PKR tak penting. Apakah polisi kerajaan BN? BN punya kuasa penuh. Kalau tak boleh, keluarkan kenyataan tegas itu. Katakan, kerajaan tidak membenarkan penggunaan kalimah Allah oleh masyarakat bukan Islam.

    ReplyDelete
  4. Tiada suara dari kepimpinan UMNO parti tuan itu yang menyarankan draf undang-undang Hudud diadakan. Sudah 50 tahun lebih. Yang ada hanyalah bekas seorang PM mempersendakan hudud. Siapakah yang menegurnya kalau tidak PAS? Tiada kalangan UMNO yang bersuara.

    ReplyDelete