Friday, October 19, 2012

THE WAY FORWARD : LGBT & SEKSUALITI MERDEKA

1.  Wow...!! Ribut 1 Malaya. Pasangan kekasih rakyat Malaysia telah memuat naik gambar-gambar dan video aksi seks mereka di internet.

2.  Rakyat Malaysia hokay..!! Alvin Tan Jye Yee 24 tahun dan pasangannya Vivian Lee 23, bukan hanya tidak langsung merasa bersalah (atau malu) malah begitu bangga mempertahankan perbuatan mereka. Atas dasar KEBEBASAN.

3.  Sekalung tahniah diucapkan kepada Dato Seri Anwar Ibrahim, RAJA SEGALA KEBEBASAN di Malaysia. Juga tahniah kepada Ambiga Laknatullah, misi anda untuk menyesatkan umat sudah mula menampakkan hasil. 

4.  Saya nak mengajak seluruh umat Melayu Islam untuk berfikir sedalam-dalamnya. Apakah ini Tanah Melayu yang kita inginkan? Apakah kebebasan tanpa batas ini yang kita impikan untuk anak cucu kita? Atau apakah kita sudah terlalu terbuka dan liberal, sehinggakan kita tiada masalah untuk menghalalkan perbuatan seperti ini, yang pastinya akan menjadi titik mula kepada sesuatu yang lebih memualkan.

5.  Di sinilah letaknya bahaya ancaman liberalisme yang didokong oleh DS Anwar. Inilah yang diperjuangkan oleh Seksualiti Merdeka & pengamal LGBT, atas nama kebebasan dan hak asasi.

6.  Benar, setiap manusia mempunyai hak dan bebas untuk melakukan apa saja. Benar, kebebasan bersuara, kebebasan ekspresi dsb tidak boleh disekat, terutamanya di zaman serba canggih ini. Tetapi, harus difahami bahawa KEBEBASAN MUTLAK TIDAK PERNAH DAN TIDAK AKAN UJUD di muka bumi Allah ini. Manusia, walau sebebas mana sekalipon wajib tertakluk kepada adab, peraturan dan undang-undang. Inilah yang membezakan di antara Manusia (seperti kita) dan HAIWAN (seperti DS Anwar, Ambiga & kuncu2 mereka).

7.  Disebabkan bahayanya ancaman liberalisme ini kepada seluruh ketamadunan umat terutamanya Melayu Islam, maka fahaman yang dibawa oleh DS Anwar & Ambiga WAJIB ditentang habis-habisan. Melayu Islam tidak akan mampu mempertahankan Maruah & Kesucian Agama Bangsa sekiranya fahaman kebebasan melampau ini dihalalkan dan diterima sebagai sebahagian daripada kehidupan. DS Anwar dan Ambiga harus sedar bahawa Tanah Melayu tidak boleh disamakan dengan mana-mana negara lain. TANAH MELAYU ADALAH BENTENG AKHIR KETAMADUNAN ISLAM !!

8.  Umat Melayu Islam harus sedar akan tanggungjawab memerangi sebarang cubaan untuk "mengliberalkan" kehidupan mereka. Wajib bagi umat Melayu Islam bangun dan memerangi usaha untuk menanamkan fahaman sesat ini, termaksuklah cubaan untuk mensamatarafkan semua Agama.  

9.  Langkah pertama ke arah mempertahankan kesucian Agama Bangsa ialah dengan TIDAK MENGUNDI PAKATAN RAKYAT, KHUSUSNYA KOMUNIS DAP dalam PRU 13 nanti. Amat mudah. Melayu Islam harus bertekad, bermula dari sekarang, agar kita mampu untuk mengenepikan segala kepentingan peribadi, puak, kaum, fahaman politik dsb, dan melihat PRU 13 dari skala yang lebih besar, iaitu MENENTUKAN SURVIVAL DAN MASA DEPAN MELAYU ISLAM. Melayu Islam harus sedar bahawa, KITA TIADA PILIHAN LAIN SELAIN UMNO.

10.  Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan dalam memperjuang & mempertahan Kesucian Agama Bangsa. ALLAH BERSAMA UMNO. 

     

Thursday, October 18, 2012

KONPEM AKU KENA HENTAM LEPAS NI...

1.  Terkejut beruk pagi ini bila terbaca di Utusan Malaysia yang BN Selangor akan menganjurkan Program Sambutan Tahun Baru 2013 SECARA BESAR-BESARAN di I-City, Shah Alam.

2.  Itu kenyataan daripada Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed, Koordinator BN & Setiausaha Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor.

3.  Permintaan awal dari saya, JANGAN MARAH, tapi kalau Datuk Seri Ir atau sesiapapun nak marah juga, terpulang. Saya cuma cuba untuk menyatakan apa yang benar, yang terbit dari hati yang ikhlas, berlandaskan kepada perjuangan getir kita menghadapi PRU 13.

4.  Soalnya, KENAPA SAMBUTAN BESAR-BESARAN? Bukankah sambutan secara besar-besaran ini, sambut tahun baru pulak tu, jelas SUATU PEMBAZIRAN..??

5.  Bila menyebut soal pembaziran, izinkan saya bertanya (sebagai ahli UMNO/BN, saya rasa saya berhak untuk bertanya) BERAPAKAH KOS SEBENAR PENGANJURAN PROGRAM BESAR-BESARAN INI? RM1juta? RM2juta? Atau lebih? Berapa pula kos untuk membiayai ratusan bas untuk membawa orang ramai ke program tersebut?

6.  Datuk Seri Koordinator juga menyebut bahawa "Kita tahu di mana kita buat kesilapan pada masa lepas dan kini berada di sini untuk membetulkan kesilapan itu dan berkhidmat kepada rakyat dengan lebih baik," Pandangan saya, BUKANKAH PENGANJURAN PROGRAM BESAR-BESARAN SEPERTI INI ADALAH MENGULANGI KESILAPAN YANG SAMA..? Program besar-besaran, berprofil tinggi, kos menjangkau jutaan ringgit, pesertanya sama, BUKANKAH INI YANG DIAMALKAN DULU?

7.  Dan, berapa ramai di kalangan yang hadir, berapa peratus dari keseluruhan pengunjung ADALAH PENGUNDI TIDAK BERPARTI, TIDAK MEMEGANG JAWATAN DI CAWANGAN ATAU BAHAGIAN? Berapa ramai pula pengunjung yang, kesan daripada menghadiri program sambutan ini, yang asalnya tidak menyokong BN atau masih tidak membuat pilihan, akan mengubah fikiran mereka dan membuat keputusan untuk mengundi BN pada PRU 13?

8.  Pandangan saya dari akar umbi, BUKANKAH LEBIH BAIK sekiranya peruntukan jutaan ringgit untuk program ini disalurkan terus ke pengundi di akar umbi? Warga emas, pesakit kronik, ibu tunggal, fakir miskin, pelajar sekolah/IPT dan ratusan ribu rakyat lagi yang memerlukan bantuan dan KHIDMAT BN?

9.  Teringat saya kepada kata hikmah dari seorang pemimpin agung Melayu: PRU13 ADALAH PILIHANRAYA UNTUK MEMENANGKAN PARTI, BUKAN INDIVIDU. Mungkin juga kata-kata ini boleh dikaitkan dan dijadikan pedoman dalam menganjur program di atas. ALLAH MAHA MENGETAHUI.

 
 
 

Tuesday, October 16, 2012

HUKUMLAH AMBIGA DI PRU13

1.  Saya tak pasti samada Ambiga (the persecuted leader of Bersih) dah pulang ke Tanah Air ke belum dari "tour"nya ke Australia.

2.  Yang pasti, perbuatan Ambiga (or amBABIga, as some of us prefer) menjelajah ke Australia, memburukkan Negara, merayu tanpa segan silu agar kerajaan Australia menghantar pemerhati bebas ke PRU 13 adalah PENGKHIANATAN DAN PENDERHAKAAN terhadap kedaulatan Tanah Air kita.

3.  Yang menarik adalah respon kerajaan Australia yang secara terang dan jelas menolak permintaan tersebut melalui kenyataan Menteri Luarnya Bob Carr. 

4.  "Whether we send observers to a Malaysian election would be a matter for the Malaysian government. We would not have any way of initiating such a proposal; we would respond to a request from them for election observers. I understand that the Malaysian Election Commission itself may be seriously considering inviting international observers to monitor the election.." 
“I understand the Malaysian government has argued that the last election must have been fair—it lost its two-thirds majority in the parliament.” 
-  Kenyataan Bob Carr, terang dan jelas

5.  Pengkhianatan Ambiga bukanlah sesuatu yang boleh dipandang ringan. Perbuatan ke luar Negara untuk merayu sokongan ahli politik di Australia adalah sesuatu yang amat memalukan, dan memualkan. Samada suka atau tidak, kita harus juga menghormati keputusan kerajaan Australia untuk TIDAK MENCAMPURI URUSAN SEBUAH NEGARA BERDAULAT. Sayang sekali, Malaysia mempunyai seekor rakyat yang tiada urusan lain selain memburuk dan menghina maruah Negara sendiri. 

6.  Kemungkinan juga, atas kesedaran bahawa Bersih TIDAK LAGI mendapat sokongan rakyat selepas fiasco Bersih 3.0, maka Ambiga begitu beria-ia untuk menggagalkan PRU 13 dan bakal mendakwa ianya PRU yang tak bersih, tak adil dsb demi terus memperjuang agenda Tuannya DS Anwar Ibrahim yang semakin terdesak. 

7.  Saya amat berharap, agar kerajaan mengambil tindakan sewajarnya bagi membendung usaha pihak Ambiga dan kuncu-kuncunya. Perbuatan ini tidak boleh dibiarkan walau atas alasan apa sekalipun, demokrasi, kebebasan bersuara dsb. 

8.  Ambiga WAJIB DIHUKUM. Rakyat Malaysia yang cintakan Tanah Air WAJIB MENGHUKUM DS Anwar Ibrahim, Ambiga dan puak-puak biadap yang ingin menghancurkan Negara Berdaulat ini dengan TIDAK MENGUNDI PAKATAN RAKYAT pada PRU 13.
 
9.  Semoga Allah SWT memberikan kita kekuatan & kesepakatan. Insya Allah.


  

Monday, October 15, 2012

HILANG ARAH HILANG TUJUAN BERKUBUR PERJUANGAN

1.  Saya ingin merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah kepada barisan kepimpinan Pergerakan Puteri Bahagian Hulu Langat yang telah berjaya menganjurkan program Hi-Tea Bersama Pu3 Hulu Langat pada 13 Oktober lepas. Buat pertama kali, saya melihat sambutan kepada program anjuran Puteri Bahagian mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan matlamat penganjuran program tersebut pada saya, telah tercapai dengan cemerlang.

2.  Bukanlah niat saya untuk hanya memuji atau membodek. Berjaya mengumpulkan 200 peserta yang terdiri seratus peratusnya daripada wanita muda bawah 35 tahun, pengundi kawasan Parlimen Hulu Langat, dari pelbagai lapisan masyarakat (penuntut  IPT, kakitangan Kerajaan, pekerja swasta, profesional muda dll) YANG TIDAK MEMEGANG SEBARANG JAWATAN PARTI & sebahagian besar BUKAN AHLI UMNO adalah satu kejayaan yang amat dibanggakan. Tahniah sekali lagi kepada kepimpinan Puteri Bahagian.

3.  Slot Sembang Santai bersama kepimpinan Bahagian dan tetamu khas Exco Pergerakan Puteri Malaysia berjalan dengan begitu lancar walaupun berlangsung jauh melangkaui masa yang ditetapkan. Tetapi itu bukanlah sebab utama saya terpanggil untuk menulis berkenaan program ini.

4.  Izinkan saya menyentuh sedikit berkenaan apa yang telah diucapkan oleh tetamu khas program tersebut, Ahli Jawatankuasa Pergerakan Puteri UMNO Malaysia (bukan EXCO, entah dari mana atau siapa yang mula menamakan AJK di Peringkat Pusat bergelar EXCO, but that's another story la kan..), seorang peguam kalau tak silap saya, bila menjawap soalan daripada salah seorang peserta program yang intipati soalannya seperti berikut : Pelajar ini masih belum membuat keputusan parti mana yang bakal diundi PRU13, beliau LANGSUNG TIDAK BERMINAT untuk berpolitik, pihak Pakatan Rakyat terutamanya PAS telah berjaya mewujudkan hubungan dengan para pelajar secara halus melalui penganjuran program dsb. Beliau bertanya, apakah langkah atau perancangan Puteri bagi mendekati dan menjalinkan hubungan di antara pelajar-pelajar IPT sepertinya dan Puteri UMNO.

5.  "Memang sejak awal, Puteri ditubuhkan untuk TIDAK MEMBERATKAN POLITIK. Puteri ditubuhkan bagi menarik minat golongan muda dengan LEBIH MENUMPUKAN KEPADA PENGANJURAN PROGRAM-PROGRAM SANTAI, SUKAN DSB SEPERTI PROGRAM-PROGRAM OUTDOOR, FUTSAL DLL. PUTERI LEBIH MENJURUS KE ARAH PROGRAM & AKTIVITI NGO" 

6.  Disaat Maruah, Kesucian dan Kedaulatan Agama Bangsa diperlekeh dan dihina, maka timbul seorang PEMIMPIN ANAK MUDA MELAYU yang samada telah terlupa ataupun langsung tidak memahami apa dan kenapa menjadi ahli UMNO, apatah lagi memegang jawatan di peringkat tertinggi.

7.  Apakah penubuhan Puteri HANYA untuk berseronok dan bersantai? Kalau benar, siapakah yang sebenarnya bertanggungjawab untuk menanamkan kecintaan kepada Agama, Bangsa dan Tanahair? Tanggungjawab siapakah, untuk memberikan kesedaran kepada wanita muda Melayu Islam bahawa TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMPERTAHAN DAN MEMPERJUANGKAN AGAMA BANGSA TERLETAK di bahu setiap Umat Melayu Islam TERUTAMANYA AHLI-AHLI UMNO? Siapa pula yang bertanggungjawab untuk menyemai semangat perjuangan, mengisi jiwa setiap wanita muda Melayu Islam bahawa perjuangan ini dituntut Allah SWT dan adalah WAJIB bagi setiap umat Melayu Islam melaksanakan tanggungjawab itu dengan sebaiknya? Kalau benar ini memang dasar perjuangan Puteri, bila pula masanya wanita muda Melayu Islam ini akan diterapkan semangat, kesedaran dan kefahaman terhadap perjuangan suci ini. Apakah selepas usia mencecah 35 tahun (had umur Puteri) dan secara automatik menjadi ahli Pergerakan Wanita? Dan Pergerakan Wanita pula terpaksa menanggung beban untuk mendoktrinkan asas perjuangan kepada anak muda "kosong", produk Puteri UMNO? 
 
8.  Jangan jadikan Pergerakan Puteri UMNO sebagai "Kelab Sukan, Rekreasi & Sosial".

9.  Kalau ini benar, maka Puteri, khususnya kepimpinan tertinggi harus merenung semula, berfikir dan akhirnya KEMBALILAH KE ASAS PERJUANGAN ASAL. Jangan disesatkan anak muda Melayu Islam dengan input-input materi TANPA sekelumit pengisian rohani. Masa depan Melayu Islam terletak di bahu anak muda. Fikirkanlah wahai Pergerakan Puteri UMNO.   

 

Tuesday, September 4, 2012

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN HULU LANGAT 2012

1.  Saya tidak berkesempatan untuk menulis disepanjang Ramadan tahun ini. Sibuk menguruskan berbagai program Ramadan UMNO Bahagian. Kebetulan Mesyuarat Perwakilan Bahagian tahun ini pula perlu dilaksanakan ketika masih ramai umat Melayu Islam merayakan ketibaan Shawal. Ini yang menyebabkan beberapa program besar terpaksa dibuat dalam masa yang terlalu singkat. Program Berbuka di setiap DUN, program-program sumbangan Hari Raya, Majlis Sambutan Aidil Fitri UMNO Bahagian dan pada 16 September ini pula Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat 2012.

2.   Berikut saya perturunkan teks Kata Aluan saya yang bakal dimuatkan di dalam Buku Penyata Tahunan UMNO Bahagian Hulu Langat 2012 untuk tatapan semua. Semoga kita semua mendapat manafaat dan dibukakan hati oleh Allah SWT untuk terus memperjuang nasib, maruah dan kesucian Agama Bangsa :
 
Assalamualikum wbt

Izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cawangan-Cawangan yang telah berjaya mengadakan Persidangan Tahunan masing-masing tahun ini. Kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh setiap yang terlibat amat-amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Besar kemungkinan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian kali ini adalah yang terakhir sebelum kita sama-sama berpadu tenaga dan keringat, membulatkan tekad dan niat serta menjana kekuatan dan kesepakatan demi memastikan Barisan Nasional terutamanya UMNO memperoleh keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah politik Negara pada PRU Ke 13 nanti. Perlu diingat, PRU 13 bukan hanya soal siapa menang atau kalah, bukan soal pihak mana berjaya membentuk kerajaan, bukan soal siapa jadi Perdana Menteri. Bukan juga soal kerajaan mana lebih baik. Sesungguhnya, PRU 13 adalah medan untuk menentukan di mana, ke mana dan bagaimana NASIB ANAK BANGSA MELAYU ISLAM DI TANAH MELAYU pasca PRU 13. Inilah perjuangan kita sejak dulu. Inilah amanah Allah SWT yang kita sama-sama pikul. PRU 13 adalah medan tempur bagi memastikan Syiar Islam tetap hidup subur,  Anak Bangsa Melayu tetap ujud di Tanah Melayu Bertuah ini.

Sidang Perwakilan sekelian,

Tiada sesiapapun yang mampu untuk mendabik dada bahawa mereka tidak pernah berdosa kepada Agama Bangsa. Setiap umat Melayu Islam bertanggungjawab sepenuhnya membiar, melihat dan merelakan Maruah, Kesucian & Kedaulatan Agama Bangsa DIPIJAK, DIHINA DAN DIPERBODOHKAN oleh musuh Melayu Islam. Kitalah yang bertanggungjawab menyebabkan Agama Bangsa berada ditahap hina. Kitalah yang bertanggungjawab membiarkan Kesucian Agama Bangsa dicabul oleh musuh Melayu Islam yang mengambil kesempatan di atas kealpaan, kelemahan dan perpecahan di antara kita.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada ASAS PERJUANGAN ASAL kenapa kita diletakkan dibumi Allah ini. Ayuh kita sama-sama bermuhasabah diri. Ayuh, kita tanya kepada diri kita sendiri APA YANG TELAH KITA LAKUKAN DEMI PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA. Ayuh kita sama-sama memohon keampunan dari Allah SWT atas dosa kita yang telah lupa kepada amanah & tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di Tanah Melayu ini. Ayuh Melayu Islam!! Bersatulah mempertahan dan memperjuangkan Agama Bangsa! Ketepikan segala kepentingan diri, puak dan suku. Bersatulah di bawah panji Melayu Islam yang benar. Ayuh kita menginsafi dan menyebarkan kesedaran kepada setiap umat Melayu Islam di Tanah Melayu ini bahawa MELAYU ISLAM TIADA PILIHAN LAIN SELAIN UMNO. Pergunakanlah pentas mesyuarat ini dengan sebaiknya, sebagai tanda perpaduan dan kesepakatan Melayu Islam, tunjukkanlah kepada musuh Melayu Islam bahawa KITA TIDAK AKAN BERDIAM DIRI LAGI. Buktikan bahawa Melayu Islam akan terus bersatu di bawah panji UMNO. KITA TIDAK RELA LAGI MARUAH DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM TERUS DIHINA DAN DICACI.

Insya Allah. ALLAH BERSAMA UMNO
Selamat Bersidang


Ahmad Fuad bin Abdul Rahman
Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Langat

 

Friday, July 20, 2012

RAMADHAN: Great time to MUHASABAH, INSAF & KEMBALI KE ASAS PERJUANGAN ASAL


1.  Saya nak mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada seluruh umat Melayu Islam Malaysia di atas kesalahan dan kesilapan saya, kekurangan dan kelemahan saya dalam menjalankan tanggungjawab saya terhadap Agama, Bangsa dan Tanahair.

2.  Ramadhan datang lagi. Ramadhan terakhir sebelum PRU13. Marilah kita sama-sama muhasabah diri, insaf dan kembali ke asas perjuangan asal Agama Bangsa. Marilah kita, bersama-sama merenung kembali dalam diri dan memohon keampunan Allah SWT di atas segala dosa dan kesilapan kita dalam menjaga dan memelihara amanah Allah.

3.  Kita sudah terlalu banyak dosa, terlalu jauh menyimpang dan tergelincir dari landasan perjuangan. kita sudah terlalu jauh meninggalkan tanggungjawab sebenar dalam memelihara, memperjuang, mempertahan dan memartabatkan maruah, kesucian dan kedaulatan Agama Bangsa.

4.  Kitalah punca segala permasalahan dan kemelut yang melanda. Kitalah penyebab kepada perpecahan dan persengketaan dikalangan anak Bangsa Melayu Islam. Kita, anak Bangsa Melayu Islam telah menjadi musuh kepada Agama Bangsa kita sendiri dan kalau keadaan ini berterusan, KITA BAKAL MENJADI PEMBUNUH KEPADA KEWUJUDAN MELAYU ISLAM DI TANAH MELAYU ini.

5.  Marilah saudara-saudaraku, kita kembali kepada asas perjuangan. Kita kembali kepada kenapa kita sebagai umat Muhammad diletakkan di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Ayuh kita sama-sama kembali memikul amanah yang dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT. Ayuh kita kembali menjadi HAMBA ALLAH dan bukan HAMBA DUIT & KUASA.

6.  Marilah kita gunakan kesempatan di bulan mulia ini untuk menguatkan perpaduan dan kesepakatan ummah. Marilah kita gunakan peluang yang ada untuk kembali berdiri sebagai SATU BANGSA SATU SUARA. Ayuh kita buktikan kepada musuh Melayu Islam bahawa anak bangsa Melayu Islam sentiasa dan akan terus bersatu dan berpadu walau apa rintangan dan halangan sekalipun.

7.  Ayuh kita sama-sama tinggalkan kepentingan diri, puak dan suku. Ayuh kita tinggalkan segala tabiat dan kelakuan kita yang selama ini merosakkan maruah dan kesucian Agama Bangsa. Ayuh kita letakkan perjuangan suci sebagai keutamaan nombor satu dalam kita menjalani kehidupan seharian kita. Ayuh kita menjadi HAMBA ALLAH YANG JUJUR, IKHLAS, BERSIH & AMANAH dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Ayuh kita buang sikap TAMAK HALOBA & PENTINGKAN DIRI yang selama ini telah menjadikan kita penyamun dan perompak yang telah merampas dari yang hak.

8.  Marilah kita sama-sama, bermula dari Ramadhan tahun ini mengamalkan kejujuran dan keikhlasan dalam meneruskan perjuangan kita. Nasib dan masa depan Melayu Islam bergantung kepada bagaimana kita melayari hari-hari berikut dalam menghadapi ketibaan PRU13. Kepada ahli dan penyokong UMNO, teruskan berjuang dengan jujur dan ikhlas. Percayalah bahawa perjuangan suci ini adalah perjuangan yang diredhai dan dirahmati Allah SWT. Jangan bimbang dan gusar kerana kita di jalan yang benar dan diredhai.

9.  Kepada Melayu Islam penyokong PAS/PKR/DAP dan juga yang tak berparti, ayuh kita bersatu di bawah payung yang selama ini memperjuangkan Agama Bangsa tanpa menuntut apa-apa. Ayuh sama-sama berjuang di jalan benar bersama UMNO. Ayuh kita sama-sama mempertahankan kesucian dan kedaulatan Agama Bangsa yang semakin hari semakin dipijak, dihina dan diperkotak katikkan.

10.  Ayuh kita gunakan sebaik-baiknya kemuliaan Ramadhan ini untuk kembali menjadi satu.

11.  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Tuesday, July 17, 2012

JATI : FRIEND ke FOE, ke DURI DALAM DAGING?

1.  Ada teman saya berkata, beliau amat terkejut bila mendapat tahu JATI bakal meletakkan beberapa orang calon pada PRU 13 nanti. 

2.  Sambungnya lagi, dengar-dengarnya, JATI akan bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Selangor, termasuklah di kawasan Parlimen Hulu Langat.

3.  Dengan pantas saya menjawab : jangan bimbang, ini semua adalah khabar angin, bagi meredakan keresahan teman saya itu.

4.  Khabarnya dah tersedia bakal calon kerusi Parlimen Hulu Langat dan Jentera Pilihanraya pun telah ditubuhkan. Jentera pilihanraya JATI pula, menurut teman saya lagi, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO di peringkat Cawangan. Mesyuarat, majlis perjumpaan dan perbincangan jentera juga telah beberapa kali diadakan.

5.  Baiklah, katakanlah apa yang diberitakan oleh teman saya itu adalah benar, kita berikanlah "the benefit of the doubt" terhadap dakwaan teman saya itu walaupun saya secara peribadinya beranggapan bahawa ianya hanyalah khabar angin. JATI adalah pertubuhan NGO, non political, non partisan, perjuangannya HANYA SATU, mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu (IMR).

6.  Katakanlah memang benar JATI bakal bertanding di Parlimen Hulu Langat, beberapa persoalan utama adalah :

i.  KENAPA dasar perjuangan JATI yang pada awalnya TIDAK berkepentingan politik, TIADA cita-cita politik dan TIADA KENE MENGENA dengan politik (ini pemahaman saya mengenai kewujudan JATI dan turut disebut oleh YB Dato Dr Hassan Ali pada awal "tour" JATI. sekiranya salah mohon dibetulkan) tiba-tiba berubah? Apakah ini memang niat sebenar JATI sejak awal? Kalau benar, apakah seluruh umat Melayu Islam di Tanah Melayu ini (termasuk saya sendiri) telah ditipu dan tertipu bulat-bulat? Kalau benar, APAKAH YANG SEBENARNYA YANG JATI INGINKAN? APAKAH NIAT DAN MATLAMAT SEBENAR JATI? Sejauh mana pula JATI ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan IMR?

ii.   Sekiranyalah  benar, maka atas tiket/platform apa calon JATI bakal bertanding pada PRU 13 nanti? BN ATAU BEBAS? atau PAS/PKR (mohon dijauhkan)? Sekiranya di atas tiket BEBAS dan bertanding di kawasan yang sama dengan calon UMNO (seperti di Parlimen Hulu Langat), bukankah langkah ini pastinya akan tambah memecahkan undi Melayu Islam? YB Dato Dr Hassan Ali sering memperkatakan di dalam ceramah beliau: "JANGAN UNDI DAP, JANGAN UNDI PKR, JANGAN UNDI PARASIT DALAM PAS.." Melayu Islam undi apa?  JATI ?  Bagaimana pula dengan UMNO/BN ?

iii.  Sekiranya benar JATI bakal bertanding pada PRU 13, dan berniat ikhlas untuk "mengalahkan" DAP dan PKR, KENAPA perlu meletakkan calon di kawasan UMNO? Kenapa P101 Hulu Langat? Kenapa tidak diletakkan calon di kawasan-kawasan yang tidak ditandingi UMNO seperti Subang, Kelana Jaya, Klang, Selayang, Pandan dan lain-lain?

Kepimpinan JATI harus lebih bertanggungjawab. Jangan mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Melayu Islam. NYATAKAN PENDIRIAN DENGAN TELUS DAN IKHLAS. 

7.  JATI wajib memaklumkan kepada Melayu Islam di Tanah Melayu ini APA SEBENARNYA yang mereka mahukan. APA SEBENARNYA tujuan dan matlamat perjuangan mereka. Nak berjuang mempertahankan IMR tak perlu kerusi wakil rakyat, tak perlu kuasa politik kerana tugas dan tanggungjawab politik Melayu Islam telah digalas dengan begitu cemerlang sejak dulu oleh UMNO. Tanggungjawab JATI, sekiranya ikhlas mempertahankan IMR adalah untuk MEMBANTU UMNO dan bukan untuk berebut kerusi dengan UMNO (kalau tak silap saya, Tun Mahathir juga pernah mempertikai niat, tujuan dan pendirian JATI tak berapa lama dulu).

8.  Melayu Islam harus berhati-hati. Jangan sampai terjerumus dikudakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jangan jadi alat permainan golongan Melayu Islam opportunis. Tak guna setiap hari berceramah melaungkan perjuangan Islam dan Melayu, tak guna berceramah sehingga menitiskan airmata kononnya sebab keinsafan dalam perjuangan hanya untuk memperdaya Melayu Islam demi untuk kerusi wakil rakyat dan kuasa. Tak guna menyeru dan merayu perpaduan ummah dengan niat memperdaya Melayu islam untuk meraih sokongan demi kepentingan diri. MELAYU ISLAM JANGAN TERTIPU LAGI. JATI JANGAN JADI DURI DALAM DAGING, MEMECAHBELAHKAN LAGI UMAT MELAYU ISLAM.

9.  Saya nyatakan soalan-soalan dan ulasan di atas dengan andaian bahawa apa yang disampaikan oleh teman saya itu benar. Akan tetapi, Melayu Islam tidak seharusnya mengambil remeh perkara ini. Fikirlah semasak-masaknya sebelum terlambat. Nasib Agama Bangsa bergantung kepada keputusan PRU13. Bersatu dan berpadulah di bawah payung UMNO seperti yang pernah diamalkan oleh Melayu Islam dulu, jangan kita gadaikan amanah Allah SWT ini, peliharalah Islam dan Tanah Melayu sebaiknya walau nyawa jadi taruhan. Tanah Melayu TIADA TEMPAT UNTUK PEMIMPIN OPPORTUNIS. 
    
 

Thursday, July 12, 2012

PAS itu Islam, UMNO itu SESAT

1.  Yahya Ibrahim, penyokong tegar PAS berusia 78 tahun telah menceraikan isteri yang dinikahi sejak 14 tahun lalu, Che Hasnah Che Ahmad, 61 tahun di Mahkamah Syariah Pasir Mas, Kelantan

2.   Punca penceraian tersebut adalah kerana sepanjang tempoh perkahwinan selama 14 tahun, si suami tidak berjaya untuk mempengaruhi si isteri (seorang penyokong tegar UMNO/BN)untuk menyokong PAS. Si suami menuduh si isteri "TELAH TERPESONG DAN SESAT DARI AJARAN ISLAM KERANA TIDAK MENYOKONG PAS".

3.  Marilah kita doakan agar Yahya Ibrahim akan segera mengampunkan dosa bekas isterinya dan mereka berdua sama-sama akan masuk syurga di akhirat nanti bersama TG Nik Aziz, TG Hj Hadi dan ahli-ahli PAS yang lain.

4.  Terima kasih PAS kerana telah berjaya meracuni pemikiran anak bangsa Melayu Islam. Terima kasih kerana telah berjaya memecahbelahkan perpaduan dan kesepakatan Melayu Islam. Terima kasih banyak-banyak kerana telah "singlehandedly" menghina dan menjatuhkan maruah Agama dan Bangsa sendiri.

5.  Isu ini sebenarnya membawa implikasi dan kesan yang amat besar dan membimbangkan. Bercerai kerana pegangan politik yang berbeza? Bercerai kerana si suami menganggap si isteri sudah TIDAK ISLAM lagi akibat fahaman politik? Masya Allah. Apa dah jadi dengan Melayu Islam.

6.  Siapa yang harus dipersalahkan? Suami atau Isteri? Siapa yang harus menanggung dosa akibat runtuhnya sebuah masjid? Mudah, PAS, Kepimpinan, Ahli dan Penyokong PAS..!!    
Kita belum pun bercakap pasal siapa nak tanggung dosa menguburkan ahli-ahli PAS tanpa dikapan kerana kononnya mati syahid.

7.  Sekiranya masih ada dikalangan Melayu Islam yang menganggap perjuangan PAS adalah benar, sekiranya ada lagi yang masih belum sedar akan BETAPA SESATNYA PAS, saya seru, rayu dan pohon, bukalah mata, bukalah hati. Mohonlah kepada Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang benar kerana ternyata selama ini anda semua telah SESAT DAN MENYESATKAN.

8.  Kepada seluruh umat Melayu Islam, marilah kita sama-sama bertaubat, kembali kepada ajaran Islam sebenar, kembali kepada asas perjuangan asal kita iaitu Mempertahan dan Memperjuang Maruah, Kesucian dan Kedaulatan Agama dan Bangsa kita. 

9.  Ayuh kita sama-sama TOLAK PAS. Semoga Allah Merahmati Perjuangan ini. Insya Allah.

Tuesday, July 10, 2012

PENCACAI UMNO


1. Ada dikalangan penyokong tegar PAS melabel dan menggelarkan saya sebagai PENCACAI UMNO.

2. No Problem. Tak ada masalah. Saya Redha. Beribu kali lebih baik DARI MENJADI PENCACAI CINA KOMUNIS.

3. Saya pencacai UMNO. Bukan pencacai DS Najib, TS Muhyiddin atau sesiapa saja. SAYA PENCACAI UMNO, sebagai sebuah institusi yang memperjuang dan mempertahan Maruah & Kedaulatan Agama dan Bangsa saya. Sebagai pencacai UMNO, ini membawa maksud bahawa SAYA ADALAH PENCACAI KEPADA SELURUH UMAT MELAYU ISLAM di TANAH MELAYU BERTUAH ini.

4. Kalau saya seorang pencacai kepada perjuangan memartabatkan Agama dan Bangsa, KENAPA SAYA TIDAK MEMILIH PARTI ISLAM seperti yang kononnya diperjuangkan PAS?

5. ISLAM kah PAS sekiranya menghalalkan perjuangan diperkuda dan dilembukan oleh KAFIR HARBI DAP? ISLAM kah PAS sekiranya menggadai segala prinsip dan pendirian dalam perjuangan kononnya untuk menegakkan Syiar Islam di Tanah Melayu HANYA KERANA TUNDUK KEPADA KEHENDAK CINA KOMUNIS DAN DENDAM KESUMAT TERHADAP UMNO?

6. ISLAM kah PAS sekiranya menghalalkan Kalimah Allah dikongsi bersama Agama lain? ISLAM kah PAS sekiranya menyokong BIBLE BAHASA MELAYU DIEDAR DAN DIJUAL SECARA TERBUKA?

7. ISLAM kah PAS sekiranya MENYOKONG PLURALISME DAN LIBERALISME? Islam jenis apa SEKIRANYA MENYOKONG FAHAMAN SEMUA AGAMA ADALAH SAMA DAN SETARAF?

8. ISLAM kah PAS sekiranya MENYOKONG LGBT? ISLAM kah sekiranya pengamal LGBT DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN ?

9. Maka sebab itulah saya memilih untuk menjadi PENCACAI UMNO. Sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada seluruh umat MELAYU ISLAM di TANAH MELAYU ini bahawa UMNO TIDAK SEMPURNA. UMNO pastinya ada kekurangan, kelemahan, kesilapan dan lain-lain, TAPI MELAYU ISLAM di TANAH MELAYU TIADA PILIHAN LAIN SELAIN UMNO.

10. HIDUP UMNO, HIDUPLAH MELAYU. HIDUP MELAYU, MAKA HIDUPLAH SYIAR ISLAM DI TANAH MELAYU. Insya Allah.

Tuesday, July 3, 2012

FORMULA MENANG PRU13: MELAYU ISLAM

1.  Ada yang berkata kpd saya, nak menang PRU13 kena tau apa formulanya. Kena tau apa yang perlu diberi tumpuan, golongan mana harus diberi perhatian, berapa ramai pengundi, putih hitam kelabu. Kononnya "it is all about numbers". Orang yang sama juga berkata kepada saya: Sekarang BUKAN MASANYA UNTUK BERCAKAP PASAL MELAYU, PASAL ISLAM. 

2.  Malangnya si tukang cakap tadi adalah seorang pemimpin UMNO..

3.  Memang benar, formula untuk menang PRU13 adalah  JUMLAH UNDI. tetapi perlu difahami bahawa formula untuk hanya fokus kepada jumlah dan numbers ini bakal memakan diri. Saya berkata demikian adalah disebabkan kefahaman saya bahawa CINA TIDAK AKAN MENGUNDI BN PADA PRU13.    
 4.  Oleh sebab itu, berbeza dengan pendapat umum bahawa kaum Cina adalah "king maker" pada PRU 13 nanti, saya berpendapat bahawa, kemenangan Barisan Nasional (dan kalau diizinkan, kemenangan besar) pada PRU13 tak lama lagi adalah sepatutnya bergantung kepada undi Melayu, bukan undi kaum cina. 

5.  Apakah FORMULA (seperti yang disebut oleh teman saya) yang akan memastikan setidak-tidaknya majoriti Melayu mengundi BN? Mudah, KESEDARAN

6.  UMNO harus menanamkan kesedaran kepada Melayu Islam bahawa untuk memastikan Melayu Islam tetap bertapak dan tetap ujud di Tanah Melayu ini, mereka (Melayu Islam) TIADA pilihan lain SELAIN UMNO. UMNO seharusnya kembali tampil sebagai payung dan pelindung Melayu Islam di Tanah Melayu ini. Melayu Islam harus disedarkan bahawa TANPA UMNO, akan lenyaplah Melayu dan Syiar Islam. Melayu Islam harus disampaikan mesej bahawa agenda kafir komunis DAP untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik, meminggir dan menindas anak Bangsa Melayu Islam  TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN PADAM selagi angan-angan ini tidak tercapai.

7.  Melayu Islam perlu diyakinkan bahawa UMNO akan mempertahan dan memperjuangkan nasib anak Bangsa Melayu Islam walau apa pun dan berapa mahal sekalipun harga yang perlu dibayar.

8.  Rasis? Mungkin juga, tetapi tidakkah DAP Komunis juga sebuah parti rasis? Apakah ianya rasis sekiranya UMNO hanya mempertahan dan memperjuang yang HAK?

9.  Melayu Islam masa kini tidak peduli siapa kerajaan, tidak peduli kerajaan mana lebih baik dan sebagainya. Melayu Islam mahukan sebuah parti/kerajaan yang adil, yang dapat menyatukan ummah, yang membela maruah dan kesucian Agama Bangsa. Melayu Islam mahu berlapang dada bila mengetahui nasib anak cucu, nasib Agama Bangsa terbela, dipertahan dan diperjuang. Melayu Islam SUDAH MUAK mendengar siapa membina balairaya dan jalan kampung, Melayu Islam TUNTUT UMNO KEMBALI MENJADI PAYUNG AGAMA BANGSA..!!

10.  Sekiranya setiap jiwa Melayu Islam (termasuklah PAS, PKR & Melayu DAP) tersemat kesedaran bahawa penyatuan ummah di bawah payung UMNO itu teramat penting dari segalanya demi kesinambungan dan survival Agama Bangsa, maka dengan rela hati majoriti Melayu Islam akan memilih UMNO/BN. FORMULA teman saya tadi akan menjadi lebih mudah dilaksanakan. Mengundi BN kerana memilih parti yang banyak berjasa dan memberikan banyak kemewahan  TIDAK SEMUDAH mengundi BN kerana yakin dan percaya nasib dan masa depan Melayu Islam akan tetap terpelihara. Contohilah semangat mengutamakan kepentingan bangsa kaum Cina terhadap DAP.

11.  Kepada setiap kepimpinan Melayu disetiap peringkat, ayuh sama-sama kita kembali ke asas perjuangan asal iaitu mempertahan dan memartabat Maruah dan Kesucian Agama Bangsa. Ayuh kita sama-sama ketepikan segala kepentingan diri dan puak dan kembali memperjuangkan nasib anak Bangsa. Ayuh kita sedarkan setiap umat Melayu Islam akan betapa bahaya ancaman DAP Komunis. Marilah kita sama-sama  pastikan Tanah Melayu tetap milik Melayu Islam, Syiar Islam tetap unggul dan dihormati, Maruah Bangsa tetap dikedudukan tertinggi. Ayuh kita sama-sama tentang agenda kafir DAP Komunis, kita perangi habis-habisan walau nyawa kita jadi taruhan. TANAH MELAYU WAJIB KEKAL DITERAJUI MELAYU ISLAM !! Jangan kita redha amanah Allah ini menjadi milik komunis! BANGUN, BERSATU, BERJUANG..!! Pastikan Barisan Nasional tetap unggul pada PRU13..!!