Tuesday, January 15, 2013

THE FATHER, THE SON & THE HOLY GHOST

1.  Akhirnya Majlis Syura PAS membuat ketetapan untuk melarang dan menegah penggunaan Kalimah Suci Allah sebagai terjemahan kepada Lord dan/atau God di dalam bible versi Bahasa Melayu. Samada suka ataupun tidak, bersetuju ataupun tak, kita harus menghormati keputusan dan pendirian PAS, BERGANTUNG KEPADA BERAPA LAMA PENDIRIAN INI MAMPU UNTUK BERTAHAN. Sebagai seorang Melayu Islam di Tanah Melayu ini, saya bersyukur dan berterima kasih di atas pendirian PAS ini, sekali lagi,  BERGANTUNG KEPADA BERAPA LAMA PENDIRIAN INI MAMPU UNTUK BERTAHAN. Yang saya sangat-sangat khuatir, apakah pula pendirian PAS selepas ini bila ditegur oleh DSAI dan Abang Besar DAP.

2.  Saya bukan alim ulamak, ustaz atau imam. Saya hanyalah seorang Melayu Islam yang, seperti umat Melayu Islam lain di Tanah Melayu ini, yang merasakan bahawa usaha untuk membenarkan Kalimah Suci Allah digunapakai untuk menggambarkan "tuhan lain selain ALLAH SWT"  oleh bukan Islam walau dalam bentuk apa sekalipun, adalah satu tindakan yang biadap dan langsung tidak menghormati kesucian Agama Allah. 

Marah, kesal dan tercabar, dan saya percaya bahawa majoriti umat Melayu Islam berperasaan yang sama samada dari UMNO, PAS, PKR mahupun Melayu Islam dalam DAP. Dan adalah satu pengkhianatan kepada kesucian Agama Bangsa sekiranya kita, anak Melayu Islam menghalal, membenar dan merelakan Kalimah Suci Allah dilacurkan oleh mana-mana pihak sekalipun. 
3.  Soalnya, sejauh mana pendirian Majlis Syura PAS ini akan dihormati dan diterima dengan terbuka, khususnya dari golongan evangelis kristian yang ditaja Abang Besar DAP? Dan, selama mana pula PAS dapat bertahan dengan pendirian ini? Satu Malaya dah tau, bahawa PAS SENTIASA BERUBAH PENDIRIAN demi kepentingan politik bagi mendapatkan sokongan bukan Islam dan juga akan berubah pendirian bila ditegur & diherdik oleh Abang Besar DAP dan DSAI. 

4.  PAS wajib berkeras dan tidak berkompromi. Walaubagaimanapun, saya kurang yakin pendirian ini bakal dibawa sehingga ke PRU 13. Rekod PAS berkenaan ketegasan dan ketetapan pendirian bukanlah sesuatu yang yang boleh dibanggakan, khususnya bila timbul isu berkenaan kesucian dan kedaulatan Islam. 

Seikhlasnya saya berharap agar pendirian ini TIDAK lah berdasarkan kepada kesedaran BAHAWA PAS SEMAKIN KEHILANGAN PENGARUH & KEPERCAYAAN umat Melayu Islam, bahawa pendirian ini adalah HANYA untuk kembali kelihatan relevan di mata umat Melayu Islam dan bahawa PAS sekali lagi menggunakan Agama Suci Islam sebagai alat politik sempitnya. Mohon dijauhkan.

5.  Hairan dan pelik. Kenapa pula puak evangelis ini begitu beria-ia untuk menterjemah dan menggunakan bible di dalam Bahasa Melayu KALAU BUKAN UNTUK MENYESAT DAN MEMURTADKAN UMAT MELAYU ISLAM?  Kenapa Bahasa Melayu? 

Apakah puak anda, evangelis kristian yang sebahagian besarnya terdiri daripada kaum Cina dan disokong kuat oleh kafir DAP, menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa seharian dan pertuturan? Apakah sermon anda setiap Ahad, atau di mana-mana majlis agama anda, Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar? Kalau jawapannya tidak, APA PERLUNYA BIBLE BAHASA MELAYU & APA PERLUNYA MENGGANTIKAN NAMA TUHAN ANDA DENGAN NAMA TUHAN YANG SATU IAITU ALLAH SWT..?    

6.  Agama disisi Allah HANYA satu : ISLAM. Saya bersetuju dengan pendapat bahawa sekiranya puak kristian atau mana-mana agama bukan Islam yang berniat sangat untuk menggunakan Kalimah Suci Allah walau dalam bentuk apa sekalipun, MASUKLAH ISLAM. 

7.   Umat Melayu Islam wajib bersatu. Satu suara, satu nada, satu pendirian. Ketepikan segala fahaman dan kepentingan. Untuk kali ini, bersatulah kita demi maruah, kedaulatan dan kesucian Agama Allah. Jadikanlah perjuangan mempertahankan Agama kita sebagai agenda utama. Bersama-samalah kita perangi agenda jijik evangelis kristian ini. Bersatulah demi Agama Allah.

Kepada kepimpinan PAS, TINGGALKANLAH pakatan rakyat. Tinggalkanlah kafir laknat DAP. Tinggalkanlah pengkhianat Agama Bangsa DSAI, anak beranak dan PKR. Kembalilah kepada asas & matlamat perjuangan asal. Tinggalkanlah pakatan bersama musuh-musuh Agama Bangsa. Tinggalkanlah perjuangan yang telah jauh tersasar. Ayuh kita bersama-sama pertahankan Agama Bangsa. Kembalikanlah perpaduan dan kesepakatan demi kelangsungan Syiar Islam & ketamadunan Bangsa kita. 

Kepada para penyokong PAS, PRU 13 bukan sekadar siapa yang menduduki Putrajaya. PRU 13 bukan untuk tentukan siapa jadi Perdana Menteri. PRU 13 adalah pentas terakhir untuk pastikan di mana letaknya masa depan Maruah, Kedaulatan & Kesucian Agama Bangsa. Kembalilah kepada wadah perjuangan asal Melayu Islam Tanah Melayu. TOLAK KAFIR DAP yang memusuhi Melayu Islam, TOLAK DSAI & PKR yang berpandangan semua Agama adalah sama. TOLAK PAS YANG SESAT LAGI MENYESATKAN. Percayalah bahawa MELAYU ISLAM TIADA PILIHAN LAIN SELAIN UMNO.   
    
8.   Kepada evangelis kristian : Jangan sesekali terfikir bahawa umat Melayu Islam di Tanah Melayu ini begitu mudah diperbodohkan. Jangan sesekali merasa agenda kristianisasi anda terhadap Melayu Islam terselamat dari pengetahuan kami. Dan jangan sesekali menganggap bahawa UMAT MELAYU ISLAM akan berdiam diri selama-lamanya. Berhentilah dari mencampuri urusan Agama Suci kami. Sebelum terlambat, berhentilah dari cuba untuk menyesatkan saudara-saudara kami. 

9.  Adalah lebih baik puak evangelis kristian, sebelum anda meneruskan usaha untuk menyesatkan umat Melayu Islam, terlebih dulu perjelaskanlah kekeliruan dikalangan penganut agama anda berkenaan SIAPA SEBENARNYA TUHAN ANDA..???  THE FATHER, THE SON ATAU THE HOLY GHOST....?

10.  ALLAH BERSAMA UMNO