Tuesday, December 18, 2012

BERSATU DALAM HINA...

1.  Sedar tak sedar, pejam celik dah sebulan saya tak menulis. Maaf kepada semua. Saya akan cuba untuk menulis dengan lebih konsisten di masa akan datang. 

2.  Banyak sangat yang telah diperkatakan berkenaan Kongres Kebangsaan DAP baru-baru ini, khususnya pemilihan untuk jawatan di dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC). Keputusannya tidaklah mengejutkan, memang sudah dijangka dari awal. Akan tetapi, sekiranya ada dikalangan Melayu Islam yang terkejut dengan keputusan pemilihan tersebut, maka malanglah bagi Melayu Islam tersebut yang naif, kabur pandangannya dan buta hatinya.

3.  Saya melihat bahawa keputusan pemilihan CEC kali ini adalah satu manifestasi penghinaan DAP itu sendiri terhadap Melayu Islam. Yang bernama Melayu Islam itu, tiada tempat di dalam DAP. Yang bernama Melayu Islam itu, warga kelas bawahan yang tidak perlu diambil kira. Melayu islam itu, berdasarkan kepada keputusan pemilihan tersebut adalah satu bangsa yang, ada pon tak menambah, tak ada pon tak luak, melukut ditepi gantang. 

 4.  Melayu Islam tak usah memecahkan kepala untuk berfikir dan menganalisa keputusan pemilihan ini secara mendalam. Terang dan jelas bahawa DAP MENOLAK KEPIMPINAN MELAYU..!! Plain and Simple. Hinanya sebuah bangsa bernama Melayu. Komunis DAP, sejak dulu masih berpegang kepada kepercayaan bahawa Melayu ini tidak boleh dipercayai, bodoh, pemalas, mudah dibeli dengan wang ringgit dan satu bangsa hina yang tidak setaraf dengan bangsa Cina. Bangsa Cina, terutamanya komunis DAP itu lebih baik, lebih berupaya dan lebih tinggi martabatnya dari mana-mana bangsa lain di Tanah Melayu ini.  

5.   Melayu Islam harus ingat, bahawa agenda untuk merepublikkan Tanah Melayu tidak dan tidak akan pernah padam. Kebajikan, kestabilan malah kewujudan tamaddun Melayu & Islam di Tanah Melayu ini tidak ada di dalam agenda DAP. Anak beranak Lim terutamanya, akan memastikan bahawa Tanah Melayu ini akan jatuh ke tangan Cina Komunis akhirnya, dan peluang terbaik untuk mencapai impian jijik ini adalah pada Pilihanraya Umum Ke 13 (PRU3). 

6.  Saya kurang berminat untuk mengulas berkenaan lantikan 2 orang Melayu ke dalam CEC. Pada saya, kalau seseorang itu benar Melayu dan beragama Islam, menghayati dan bersedia untuk memperjuang dan mempertahankan Agama dan Bangsanya, maka dia TIDAK AKAN MENYERTAI DAP. Pada saya, mana-mana Melayu Islam yang menyertai DAP adalah PENGKHIANAT kepada Agama Bangsa. Akan ada dikalangan pembaca yang bakal menimbulkan isu hak untuk berpersatuan seperti yang termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan. Benar. Setiap rakyat berhak untuk memilih, tetapi hak tersebut dengan sendirinya terbatal bila kita menjadi ahli, bergerak aktif dan mendukung wadah perjuangan yang tiada lain selain untuk berkuasa demi menghancurkan Islam & Melayu di Tanah Melayu ini sendiri.

Saya tidak berkata bahawa setiap anak bangsa Melayu Islam WAJIB menyertai UMNO. Tidak sekali. Sekiranya ada anak bangsa yang tidak bersetuju dengan perjuangan UMNO, marah, benci, meluat dengan UMNO, jijik melihat kebobrokan kepimpinan UMNO, DAP adalah wadah terakhir yang harus dipilih. Kalau benar tak nak UMNO, Sertailah, isi lah borang, bergerak dan berjuanglah di dalam parti lain... ASALKAN BUKAN DAP..!! TOLAK DAP..!! JAUHILAH DAP..!! DAP MUSUH ISLAM, DAP MUSUH MELAYU..!!

7.  Ada seorang teman saya berkata, "bodoh betul puak PAS. Dah la ikut telunjuk Komunis, kita pulak dikata kafir, dituduh murtad. Elok bubar PAS, bersatu di dalam UMNO..!" Saya nak menyeru kepada semua Melayu Islam, boleh tak kita hentikan caci maki, hina menghina, tuduh menuduh sesama Melayu? Tak kisah samada penyokong UMNO atau PAS, boleh ke tak kita sama-sama muhasabah, cermin diri dan kembali ke asas perjuangan asal, kembali kepada kenapa kita diletakkan di atas muka bumi Allah ini? 

Saya membalas kenyataan teman saya dengan soalan paling mudah: "Siapa musuh kita sebenarnya..?" Bingung sekejap teman saya yang sedikit emosional.

Musuh utama Melayu Islam adalah DAP Komunis, bukan UMNO, bukan PAS. Musuh nombor wahid umat Muhammad SAW di Tanah Melayu ini adalah agenda kristianisasi dan pemurtadan yang didukung DAP, gerakan pluralisme dan liberalisme termasuk amalan LGBT yang didukung DS Anwar Ibrahim anak beranak. Ini musuh kita, ini musuh yang berniat untuk menghancurkan Syiar Islam di Tanah Melayu, yang bercita-cita untuk "meliberalkan" fahaman dan pegangan agama suci kita. Inilah musuh sebenar, musuh yang nak berkuasa dan bakal memijak kita. Itulah sebabnya saya menyeru agar kita kembali kepada kenapa kita diletakkan di atas bumi Allah SWT ini, bukankah untuk MENEGAK, MEMAJU, MEMPERTAHANKAN MARUAH, KESUCIAN DAN KEDAULATAN AGAMA ALLAH..? Musuh kita bukan DS Najib, bukan Tuan Guru Hj Hadi atau Nik Aziz. Musuh kita, umat Melayu Islam adalah Lim Kit Siang, Lim Guan Eng, Karpal Singh dan kuncu-kuncu komunis dan evangelis kristian..!!

8.  TAK PERLU BUBAR PAS dan berebut-rebut masuk UMNO. TAK PERLU BUBAR UMNO dan menyerbu Markas PAS minta borang. Melayu Islam, yang sayangkan Bangsanya, yang cintakan Agamanya HANYA PERLU MENOLAK DAP. Mudah. Sekali lagi saya nak menyeru, PRU 13 bukan medan siapa menang dan siapa kalah. Bukan tempat untuk nak tentukan parti mana jadi kerajaan. PRU 13 bukan pentas untuk siapa jadi Perdana Menteri. Melayu Islam harus sedar, buka mata, lapangkan dada, PRU 13 ADALAH MEDAN UNTUK MENENTUKAN MANA LETAKNYA SYIAR ISLAM DI TANAH MELAYU. PRU 13 BAKAL MENENTUKAN APAKAH NASIB & MASA DEPAN MARUAH, KESUCIAN DAN KEDAULATAN AGAMA BANGSA..!!! 

9.  Samada berjaya atau tidak Melayu Islam mempertahankan maruah dan kesucian Agama Bangsa terletak kepada sejauh mana kita sanggup untuk berkorban demi perpaduan dan kesepakatan ummah. Bersatulah bangsaku, pertahankanlah Agama Bangsa kita. TOLAK DAP KOMUNIS, TOLAK LIBERALISME & PLURALISME. Gunakanlah hak kita sebagai rakyat dengan sebaik-baiknya, pertahan Islam, pertahankan Melayu.

10.  Melayu Islam jangan lupa. UMNO itu tidak sempurna. UMNO itu tidak sunyi dari kesalahan dan kesilapan. UMNO itu tidak pernah bebas dari kelemahan dan kekurangan. Tetapi kita harus ingat, sedar dan insaf bahawa MELAYU ISLAM TIADA PILIHAN LAIN SELAIN UMNO.

ALLAH BERSAMA UMNO