Tuesday, September 4, 2012

MESYUARAT PERWAKILAN UMNO BAHAGIAN HULU LANGAT 2012

1.  Saya tidak berkesempatan untuk menulis disepanjang Ramadan tahun ini. Sibuk menguruskan berbagai program Ramadan UMNO Bahagian. Kebetulan Mesyuarat Perwakilan Bahagian tahun ini pula perlu dilaksanakan ketika masih ramai umat Melayu Islam merayakan ketibaan Shawal. Ini yang menyebabkan beberapa program besar terpaksa dibuat dalam masa yang terlalu singkat. Program Berbuka di setiap DUN, program-program sumbangan Hari Raya, Majlis Sambutan Aidil Fitri UMNO Bahagian dan pada 16 September ini pula Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Langat 2012.

2.   Berikut saya perturunkan teks Kata Aluan saya yang bakal dimuatkan di dalam Buku Penyata Tahunan UMNO Bahagian Hulu Langat 2012 untuk tatapan semua. Semoga kita semua mendapat manafaat dan dibukakan hati oleh Allah SWT untuk terus memperjuang nasib, maruah dan kesucian Agama Bangsa :
 
Assalamualikum wbt

Izinkan saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Cawangan-Cawangan yang telah berjaya mengadakan Persidangan Tahunan masing-masing tahun ini. Kerjasama dan komitmen yang telah ditunjukkan oleh setiap yang terlibat amat-amat dihargai dan diucapkan jutaan terima kasih.

Besar kemungkinan, Mesyuarat Perwakilan Bahagian kali ini adalah yang terakhir sebelum kita sama-sama berpadu tenaga dan keringat, membulatkan tekad dan niat serta menjana kekuatan dan kesepakatan demi memastikan Barisan Nasional terutamanya UMNO memperoleh keputusan yang paling cemerlang dalam sejarah politik Negara pada PRU Ke 13 nanti. Perlu diingat, PRU 13 bukan hanya soal siapa menang atau kalah, bukan soal pihak mana berjaya membentuk kerajaan, bukan soal siapa jadi Perdana Menteri. Bukan juga soal kerajaan mana lebih baik. Sesungguhnya, PRU 13 adalah medan untuk menentukan di mana, ke mana dan bagaimana NASIB ANAK BANGSA MELAYU ISLAM DI TANAH MELAYU pasca PRU 13. Inilah perjuangan kita sejak dulu. Inilah amanah Allah SWT yang kita sama-sama pikul. PRU 13 adalah medan tempur bagi memastikan Syiar Islam tetap hidup subur,  Anak Bangsa Melayu tetap ujud di Tanah Melayu Bertuah ini.

Sidang Perwakilan sekelian,

Tiada sesiapapun yang mampu untuk mendabik dada bahawa mereka tidak pernah berdosa kepada Agama Bangsa. Setiap umat Melayu Islam bertanggungjawab sepenuhnya membiar, melihat dan merelakan Maruah, Kesucian & Kedaulatan Agama Bangsa DIPIJAK, DIHINA DAN DIPERBODOHKAN oleh musuh Melayu Islam. Kitalah yang bertanggungjawab menyebabkan Agama Bangsa berada ditahap hina. Kitalah yang bertanggungjawab membiarkan Kesucian Agama Bangsa dicabul oleh musuh Melayu Islam yang mengambil kesempatan di atas kealpaan, kelemahan dan perpecahan di antara kita.

Sudah sampai masanya kita kembali kepada ASAS PERJUANGAN ASAL kenapa kita diletakkan dibumi Allah ini. Ayuh kita sama-sama bermuhasabah diri. Ayuh, kita tanya kepada diri kita sendiri APA YANG TELAH KITA LAKUKAN DEMI PERJUANGAN MEMPERTAHANKAN AGAMA BANGSA. Ayuh kita sama-sama memohon keampunan dari Allah SWT atas dosa kita yang telah lupa kepada amanah & tanggungjawab kita sebagai hamba Allah di Tanah Melayu ini. Ayuh Melayu Islam!! Bersatulah mempertahan dan memperjuangkan Agama Bangsa! Ketepikan segala kepentingan diri, puak dan suku. Bersatulah di bawah panji Melayu Islam yang benar. Ayuh kita menginsafi dan menyebarkan kesedaran kepada setiap umat Melayu Islam di Tanah Melayu ini bahawa MELAYU ISLAM TIADA PILIHAN LAIN SELAIN UMNO. Pergunakanlah pentas mesyuarat ini dengan sebaiknya, sebagai tanda perpaduan dan kesepakatan Melayu Islam, tunjukkanlah kepada musuh Melayu Islam bahawa KITA TIDAK AKAN BERDIAM DIRI LAGI. Buktikan bahawa Melayu Islam akan terus bersatu di bawah panji UMNO. KITA TIDAK RELA LAGI MARUAH DAN KESUCIAN AGAMA ISLAM TERUS DIHINA DAN DICACI.

Insya Allah. ALLAH BERSAMA UMNO
Selamat Bersidang


Ahmad Fuad bin Abdul Rahman
Setiausaha UMNO Bahagian Hulu Langat