Friday, July 20, 2012

RAMADHAN: Great time to MUHASABAH, INSAF & KEMBALI KE ASAS PERJUANGAN ASAL


1.  Saya nak mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan kepada seluruh umat Melayu Islam Malaysia di atas kesalahan dan kesilapan saya, kekurangan dan kelemahan saya dalam menjalankan tanggungjawab saya terhadap Agama, Bangsa dan Tanahair.

2.  Ramadhan datang lagi. Ramadhan terakhir sebelum PRU13. Marilah kita sama-sama muhasabah diri, insaf dan kembali ke asas perjuangan asal Agama Bangsa. Marilah kita, bersama-sama merenung kembali dalam diri dan memohon keampunan Allah SWT di atas segala dosa dan kesilapan kita dalam menjaga dan memelihara amanah Allah.

3.  Kita sudah terlalu banyak dosa, terlalu jauh menyimpang dan tergelincir dari landasan perjuangan. kita sudah terlalu jauh meninggalkan tanggungjawab sebenar dalam memelihara, memperjuang, mempertahan dan memartabatkan maruah, kesucian dan kedaulatan Agama Bangsa.

4.  Kitalah punca segala permasalahan dan kemelut yang melanda. Kitalah penyebab kepada perpecahan dan persengketaan dikalangan anak Bangsa Melayu Islam. Kita, anak Bangsa Melayu Islam telah menjadi musuh kepada Agama Bangsa kita sendiri dan kalau keadaan ini berterusan, KITA BAKAL MENJADI PEMBUNUH KEPADA KEWUJUDAN MELAYU ISLAM DI TANAH MELAYU ini.

5.  Marilah saudara-saudaraku, kita kembali kepada asas perjuangan. Kita kembali kepada kenapa kita sebagai umat Muhammad diletakkan di bumi bertuah Tanah Melayu ini. Ayuh kita sama-sama kembali memikul amanah yang dipinjamkan kepada kita oleh Allah SWT. Ayuh kita kembali menjadi HAMBA ALLAH dan bukan HAMBA DUIT & KUASA.

6.  Marilah kita gunakan kesempatan di bulan mulia ini untuk menguatkan perpaduan dan kesepakatan ummah. Marilah kita gunakan peluang yang ada untuk kembali berdiri sebagai SATU BANGSA SATU SUARA. Ayuh kita buktikan kepada musuh Melayu Islam bahawa anak bangsa Melayu Islam sentiasa dan akan terus bersatu dan berpadu walau apa rintangan dan halangan sekalipun.

7.  Ayuh kita sama-sama tinggalkan kepentingan diri, puak dan suku. Ayuh kita tinggalkan segala tabiat dan kelakuan kita yang selama ini merosakkan maruah dan kesucian Agama Bangsa. Ayuh kita letakkan perjuangan suci sebagai keutamaan nombor satu dalam kita menjalani kehidupan seharian kita. Ayuh kita menjadi HAMBA ALLAH YANG JUJUR, IKHLAS, BERSIH & AMANAH dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab. Ayuh kita buang sikap TAMAK HALOBA & PENTINGKAN DIRI yang selama ini telah menjadikan kita penyamun dan perompak yang telah merampas dari yang hak.

8.  Marilah kita sama-sama, bermula dari Ramadhan tahun ini mengamalkan kejujuran dan keikhlasan dalam meneruskan perjuangan kita. Nasib dan masa depan Melayu Islam bergantung kepada bagaimana kita melayari hari-hari berikut dalam menghadapi ketibaan PRU13. Kepada ahli dan penyokong UMNO, teruskan berjuang dengan jujur dan ikhlas. Percayalah bahawa perjuangan suci ini adalah perjuangan yang diredhai dan dirahmati Allah SWT. Jangan bimbang dan gusar kerana kita di jalan yang benar dan diredhai.

9.  Kepada Melayu Islam penyokong PAS/PKR/DAP dan juga yang tak berparti, ayuh kita bersatu di bawah payung yang selama ini memperjuangkan Agama Bangsa tanpa menuntut apa-apa. Ayuh sama-sama berjuang di jalan benar bersama UMNO. Ayuh kita sama-sama mempertahankan kesucian dan kedaulatan Agama Bangsa yang semakin hari semakin dipijak, dihina dan diperkotak katikkan.

10.  Ayuh kita gunakan sebaik-baiknya kemuliaan Ramadhan ini untuk kembali menjadi satu.

11.  SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN & SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA

Tuesday, July 17, 2012

JATI : FRIEND ke FOE, ke DURI DALAM DAGING?

1.  Ada teman saya berkata, beliau amat terkejut bila mendapat tahu JATI bakal meletakkan beberapa orang calon pada PRU 13 nanti. 

2.  Sambungnya lagi, dengar-dengarnya, JATI akan bertanding di beberapa kerusi DUN dan Parlimen di Selangor, termasuklah di kawasan Parlimen Hulu Langat.

3.  Dengan pantas saya menjawab : jangan bimbang, ini semua adalah khabar angin, bagi meredakan keresahan teman saya itu.

4.  Khabarnya dah tersedia bakal calon kerusi Parlimen Hulu Langat dan Jentera Pilihanraya pun telah ditubuhkan. Jentera pilihanraya JATI pula, menurut teman saya lagi, sebahagian besarnya adalah terdiri daripada ahli-ahli UMNO di peringkat Cawangan. Mesyuarat, majlis perjumpaan dan perbincangan jentera juga telah beberapa kali diadakan.

5.  Baiklah, katakanlah apa yang diberitakan oleh teman saya itu adalah benar, kita berikanlah "the benefit of the doubt" terhadap dakwaan teman saya itu walaupun saya secara peribadinya beranggapan bahawa ianya hanyalah khabar angin. JATI adalah pertubuhan NGO, non political, non partisan, perjuangannya HANYA SATU, mempertahankan Islam, Melayu dan Raja-Raja Melayu (IMR).

6.  Katakanlah memang benar JATI bakal bertanding di Parlimen Hulu Langat, beberapa persoalan utama adalah :

i.  KENAPA dasar perjuangan JATI yang pada awalnya TIDAK berkepentingan politik, TIADA cita-cita politik dan TIADA KENE MENGENA dengan politik (ini pemahaman saya mengenai kewujudan JATI dan turut disebut oleh YB Dato Dr Hassan Ali pada awal "tour" JATI. sekiranya salah mohon dibetulkan) tiba-tiba berubah? Apakah ini memang niat sebenar JATI sejak awal? Kalau benar, apakah seluruh umat Melayu Islam di Tanah Melayu ini (termasuk saya sendiri) telah ditipu dan tertipu bulat-bulat? Kalau benar, APAKAH YANG SEBENARNYA YANG JATI INGINKAN? APAKAH NIAT DAN MATLAMAT SEBENAR JATI? Sejauh mana pula JATI ikhlas dan jujur dalam memperjuangkan IMR?

ii.   Sekiranyalah  benar, maka atas tiket/platform apa calon JATI bakal bertanding pada PRU 13 nanti? BN ATAU BEBAS? atau PAS/PKR (mohon dijauhkan)? Sekiranya di atas tiket BEBAS dan bertanding di kawasan yang sama dengan calon UMNO (seperti di Parlimen Hulu Langat), bukankah langkah ini pastinya akan tambah memecahkan undi Melayu Islam? YB Dato Dr Hassan Ali sering memperkatakan di dalam ceramah beliau: "JANGAN UNDI DAP, JANGAN UNDI PKR, JANGAN UNDI PARASIT DALAM PAS.." Melayu Islam undi apa?  JATI ?  Bagaimana pula dengan UMNO/BN ?

iii.  Sekiranya benar JATI bakal bertanding pada PRU 13, dan berniat ikhlas untuk "mengalahkan" DAP dan PKR, KENAPA perlu meletakkan calon di kawasan UMNO? Kenapa P101 Hulu Langat? Kenapa tidak diletakkan calon di kawasan-kawasan yang tidak ditandingi UMNO seperti Subang, Kelana Jaya, Klang, Selayang, Pandan dan lain-lain?

Kepimpinan JATI harus lebih bertanggungjawab. Jangan mengelirukan rakyat terutamanya pengundi Melayu Islam. NYATAKAN PENDIRIAN DENGAN TELUS DAN IKHLAS. 

7.  JATI wajib memaklumkan kepada Melayu Islam di Tanah Melayu ini APA SEBENARNYA yang mereka mahukan. APA SEBENARNYA tujuan dan matlamat perjuangan mereka. Nak berjuang mempertahankan IMR tak perlu kerusi wakil rakyat, tak perlu kuasa politik kerana tugas dan tanggungjawab politik Melayu Islam telah digalas dengan begitu cemerlang sejak dulu oleh UMNO. Tanggungjawab JATI, sekiranya ikhlas mempertahankan IMR adalah untuk MEMBANTU UMNO dan bukan untuk berebut kerusi dengan UMNO (kalau tak silap saya, Tun Mahathir juga pernah mempertikai niat, tujuan dan pendirian JATI tak berapa lama dulu).

8.  Melayu Islam harus berhati-hati. Jangan sampai terjerumus dikudakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan. Jangan jadi alat permainan golongan Melayu Islam opportunis. Tak guna setiap hari berceramah melaungkan perjuangan Islam dan Melayu, tak guna berceramah sehingga menitiskan airmata kononnya sebab keinsafan dalam perjuangan hanya untuk memperdaya Melayu Islam demi untuk kerusi wakil rakyat dan kuasa. Tak guna menyeru dan merayu perpaduan ummah dengan niat memperdaya Melayu islam untuk meraih sokongan demi kepentingan diri. MELAYU ISLAM JANGAN TERTIPU LAGI. JATI JANGAN JADI DURI DALAM DAGING, MEMECAHBELAHKAN LAGI UMAT MELAYU ISLAM.

9.  Saya nyatakan soalan-soalan dan ulasan di atas dengan andaian bahawa apa yang disampaikan oleh teman saya itu benar. Akan tetapi, Melayu Islam tidak seharusnya mengambil remeh perkara ini. Fikirlah semasak-masaknya sebelum terlambat. Nasib Agama Bangsa bergantung kepada keputusan PRU13. Bersatu dan berpadulah di bawah payung UMNO seperti yang pernah diamalkan oleh Melayu Islam dulu, jangan kita gadaikan amanah Allah SWT ini, peliharalah Islam dan Tanah Melayu sebaiknya walau nyawa jadi taruhan. Tanah Melayu TIADA TEMPAT UNTUK PEMIMPIN OPPORTUNIS. 
    
 

Thursday, July 12, 2012

PAS itu Islam, UMNO itu SESAT

1.  Yahya Ibrahim, penyokong tegar PAS berusia 78 tahun telah menceraikan isteri yang dinikahi sejak 14 tahun lalu, Che Hasnah Che Ahmad, 61 tahun di Mahkamah Syariah Pasir Mas, Kelantan

2.   Punca penceraian tersebut adalah kerana sepanjang tempoh perkahwinan selama 14 tahun, si suami tidak berjaya untuk mempengaruhi si isteri (seorang penyokong tegar UMNO/BN)untuk menyokong PAS. Si suami menuduh si isteri "TELAH TERPESONG DAN SESAT DARI AJARAN ISLAM KERANA TIDAK MENYOKONG PAS".

3.  Marilah kita doakan agar Yahya Ibrahim akan segera mengampunkan dosa bekas isterinya dan mereka berdua sama-sama akan masuk syurga di akhirat nanti bersama TG Nik Aziz, TG Hj Hadi dan ahli-ahli PAS yang lain.

4.  Terima kasih PAS kerana telah berjaya meracuni pemikiran anak bangsa Melayu Islam. Terima kasih kerana telah berjaya memecahbelahkan perpaduan dan kesepakatan Melayu Islam. Terima kasih banyak-banyak kerana telah "singlehandedly" menghina dan menjatuhkan maruah Agama dan Bangsa sendiri.

5.  Isu ini sebenarnya membawa implikasi dan kesan yang amat besar dan membimbangkan. Bercerai kerana pegangan politik yang berbeza? Bercerai kerana si suami menganggap si isteri sudah TIDAK ISLAM lagi akibat fahaman politik? Masya Allah. Apa dah jadi dengan Melayu Islam.

6.  Siapa yang harus dipersalahkan? Suami atau Isteri? Siapa yang harus menanggung dosa akibat runtuhnya sebuah masjid? Mudah, PAS, Kepimpinan, Ahli dan Penyokong PAS..!!    
Kita belum pun bercakap pasal siapa nak tanggung dosa menguburkan ahli-ahli PAS tanpa dikapan kerana kononnya mati syahid.

7.  Sekiranya masih ada dikalangan Melayu Islam yang menganggap perjuangan PAS adalah benar, sekiranya ada lagi yang masih belum sedar akan BETAPA SESATNYA PAS, saya seru, rayu dan pohon, bukalah mata, bukalah hati. Mohonlah kepada Allah SWT agar ditunjukkan jalan yang benar kerana ternyata selama ini anda semua telah SESAT DAN MENYESATKAN.

8.  Kepada seluruh umat Melayu Islam, marilah kita sama-sama bertaubat, kembali kepada ajaran Islam sebenar, kembali kepada asas perjuangan asal kita iaitu Mempertahan dan Memperjuang Maruah, Kesucian dan Kedaulatan Agama dan Bangsa kita. 

9.  Ayuh kita sama-sama TOLAK PAS. Semoga Allah Merahmati Perjuangan ini. Insya Allah.

Tuesday, July 10, 2012

PENCACAI UMNO


1. Ada dikalangan penyokong tegar PAS melabel dan menggelarkan saya sebagai PENCACAI UMNO.

2. No Problem. Tak ada masalah. Saya Redha. Beribu kali lebih baik DARI MENJADI PENCACAI CINA KOMUNIS.

3. Saya pencacai UMNO. Bukan pencacai DS Najib, TS Muhyiddin atau sesiapa saja. SAYA PENCACAI UMNO, sebagai sebuah institusi yang memperjuang dan mempertahan Maruah & Kedaulatan Agama dan Bangsa saya. Sebagai pencacai UMNO, ini membawa maksud bahawa SAYA ADALAH PENCACAI KEPADA SELURUH UMAT MELAYU ISLAM di TANAH MELAYU BERTUAH ini.

4. Kalau saya seorang pencacai kepada perjuangan memartabatkan Agama dan Bangsa, KENAPA SAYA TIDAK MEMILIH PARTI ISLAM seperti yang kononnya diperjuangkan PAS?

5. ISLAM kah PAS sekiranya menghalalkan perjuangan diperkuda dan dilembukan oleh KAFIR HARBI DAP? ISLAM kah PAS sekiranya menggadai segala prinsip dan pendirian dalam perjuangan kononnya untuk menegakkan Syiar Islam di Tanah Melayu HANYA KERANA TUNDUK KEPADA KEHENDAK CINA KOMUNIS DAN DENDAM KESUMAT TERHADAP UMNO?

6. ISLAM kah PAS sekiranya menghalalkan Kalimah Allah dikongsi bersama Agama lain? ISLAM kah PAS sekiranya menyokong BIBLE BAHASA MELAYU DIEDAR DAN DIJUAL SECARA TERBUKA?

7. ISLAM kah PAS sekiranya MENYOKONG PLURALISME DAN LIBERALISME? Islam jenis apa SEKIRANYA MENYOKONG FAHAMAN SEMUA AGAMA ADALAH SAMA DAN SETARAF?

8. ISLAM kah PAS sekiranya MENYOKONG LGBT? ISLAM kah sekiranya pengamal LGBT DIANGKAT SEBAGAI PEMIMPIN ?

9. Maka sebab itulah saya memilih untuk menjadi PENCACAI UMNO. Sekali lagi saya ingin mengingatkan kepada seluruh umat MELAYU ISLAM di TANAH MELAYU ini bahawa UMNO TIDAK SEMPURNA. UMNO pastinya ada kekurangan, kelemahan, kesilapan dan lain-lain, TAPI MELAYU ISLAM di TANAH MELAYU TIADA PILIHAN LAIN SELAIN UMNO.

10. HIDUP UMNO, HIDUPLAH MELAYU. HIDUP MELAYU, MAKA HIDUPLAH SYIAR ISLAM DI TANAH MELAYU. Insya Allah.

Tuesday, July 3, 2012

FORMULA MENANG PRU13: MELAYU ISLAM

1.  Ada yang berkata kpd saya, nak menang PRU13 kena tau apa formulanya. Kena tau apa yang perlu diberi tumpuan, golongan mana harus diberi perhatian, berapa ramai pengundi, putih hitam kelabu. Kononnya "it is all about numbers". Orang yang sama juga berkata kepada saya: Sekarang BUKAN MASANYA UNTUK BERCAKAP PASAL MELAYU, PASAL ISLAM. 

2.  Malangnya si tukang cakap tadi adalah seorang pemimpin UMNO..

3.  Memang benar, formula untuk menang PRU13 adalah  JUMLAH UNDI. tetapi perlu difahami bahawa formula untuk hanya fokus kepada jumlah dan numbers ini bakal memakan diri. Saya berkata demikian adalah disebabkan kefahaman saya bahawa CINA TIDAK AKAN MENGUNDI BN PADA PRU13.    
 4.  Oleh sebab itu, berbeza dengan pendapat umum bahawa kaum Cina adalah "king maker" pada PRU 13 nanti, saya berpendapat bahawa, kemenangan Barisan Nasional (dan kalau diizinkan, kemenangan besar) pada PRU13 tak lama lagi adalah sepatutnya bergantung kepada undi Melayu, bukan undi kaum cina. 

5.  Apakah FORMULA (seperti yang disebut oleh teman saya) yang akan memastikan setidak-tidaknya majoriti Melayu mengundi BN? Mudah, KESEDARAN

6.  UMNO harus menanamkan kesedaran kepada Melayu Islam bahawa untuk memastikan Melayu Islam tetap bertapak dan tetap ujud di Tanah Melayu ini, mereka (Melayu Islam) TIADA pilihan lain SELAIN UMNO. UMNO seharusnya kembali tampil sebagai payung dan pelindung Melayu Islam di Tanah Melayu ini. Melayu Islam harus disedarkan bahawa TANPA UMNO, akan lenyaplah Melayu dan Syiar Islam. Melayu Islam harus disampaikan mesej bahawa agenda kafir komunis DAP untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik, meminggir dan menindas anak Bangsa Melayu Islam  TIDAK PERNAH dan TIDAK AKAN PADAM selagi angan-angan ini tidak tercapai.

7.  Melayu Islam perlu diyakinkan bahawa UMNO akan mempertahan dan memperjuangkan nasib anak Bangsa Melayu Islam walau apa pun dan berapa mahal sekalipun harga yang perlu dibayar.

8.  Rasis? Mungkin juga, tetapi tidakkah DAP Komunis juga sebuah parti rasis? Apakah ianya rasis sekiranya UMNO hanya mempertahan dan memperjuang yang HAK?

9.  Melayu Islam masa kini tidak peduli siapa kerajaan, tidak peduli kerajaan mana lebih baik dan sebagainya. Melayu Islam mahukan sebuah parti/kerajaan yang adil, yang dapat menyatukan ummah, yang membela maruah dan kesucian Agama Bangsa. Melayu Islam mahu berlapang dada bila mengetahui nasib anak cucu, nasib Agama Bangsa terbela, dipertahan dan diperjuang. Melayu Islam SUDAH MUAK mendengar siapa membina balairaya dan jalan kampung, Melayu Islam TUNTUT UMNO KEMBALI MENJADI PAYUNG AGAMA BANGSA..!!

10.  Sekiranya setiap jiwa Melayu Islam (termasuklah PAS, PKR & Melayu DAP) tersemat kesedaran bahawa penyatuan ummah di bawah payung UMNO itu teramat penting dari segalanya demi kesinambungan dan survival Agama Bangsa, maka dengan rela hati majoriti Melayu Islam akan memilih UMNO/BN. FORMULA teman saya tadi akan menjadi lebih mudah dilaksanakan. Mengundi BN kerana memilih parti yang banyak berjasa dan memberikan banyak kemewahan  TIDAK SEMUDAH mengundi BN kerana yakin dan percaya nasib dan masa depan Melayu Islam akan tetap terpelihara. Contohilah semangat mengutamakan kepentingan bangsa kaum Cina terhadap DAP.

11.  Kepada setiap kepimpinan Melayu disetiap peringkat, ayuh sama-sama kita kembali ke asas perjuangan asal iaitu mempertahan dan memartabat Maruah dan Kesucian Agama Bangsa. Ayuh kita sama-sama ketepikan segala kepentingan diri dan puak dan kembali memperjuangkan nasib anak Bangsa. Ayuh kita sedarkan setiap umat Melayu Islam akan betapa bahaya ancaman DAP Komunis. Marilah kita sama-sama  pastikan Tanah Melayu tetap milik Melayu Islam, Syiar Islam tetap unggul dan dihormati, Maruah Bangsa tetap dikedudukan tertinggi. Ayuh kita sama-sama tentang agenda kafir DAP Komunis, kita perangi habis-habisan walau nyawa kita jadi taruhan. TANAH MELAYU WAJIB KEKAL DITERAJUI MELAYU ISLAM !! Jangan kita redha amanah Allah ini menjadi milik komunis! BANGUN, BERSATU, BERJUANG..!! Pastikan Barisan Nasional tetap unggul pada PRU13..!!